Stress dan daya ingatan minda

Posted by Leeza | Posted in

Saya pernah ditanya oleh seseorang yang saya sayang dan hormati: kenapa kau tensen. Saya terdiam dengan soalan ini sebab hakikatnya saya tak mahu ada tensen dan stress dalam diari harian saya. Jadi....dia telah mengajar saya berfikiran positif, bercakap sesuatu yang positif kerana bila kita bercakap positif maka akan jadi positiflah sesuatu itu. Dia mengajar saya bahawa sesuatu yang dilafazkan dari bibir adalah suatu doa....eloklah kita sentiasa mendoakan yang positif. Contohnya : makan pedas ,jangan sesekali kata nanti mesti sakit perut. Sebaiknya berkata : mudah2an tak sakit perut.

Kerja saya bermula dari jam 730 hingga 1250. Selasa dan rabu ada kelas petang jam 1330 hingga 1530. Paling akhir saya turun dari rumah jam 700 pagi dan sampai di sekolah 710 pagi. 710 pagi pasti sibuk dengan kerja berbagai....cukup masa masuk kelas. Fikiran dan fokus saya penuh dengan kerja sehinggakan saya dah mula melupai beberapa perkara. Mood pun tidak menentu . Kalau anak2 kat rumah tu buat perangai sure kena marah. Kesabaran saya menipis bila time sibuk dengan kerja. Di sekolah saya berusaha menahan sabar dengan usikan rakan2 yang brutal dan ganas....jika tak, mahu saya tengking mereka serta merta......Alhamdulilah saya bukan pemarah masa di sekolah. Jika sepuluh tahun yang lalu rasanya semua staf lama di sekolah pernah kena marah dek saya. Hmm...kali terakhir saya angin ialah dengan second boss sebab dia mengatur jadual waktu tidak betul dan tidak seimbang....yakni saya kena giliran 70% dari orang lain.....marahlah sebab masa saya nak pergi tandas, nak duduk, nak makan minum langsung tak ada. Penderaan betul...mencabul hak asasi manusia. kehkehkeh.

Namun saya ada terapi minda yang best.....salah satunya ialah novel. keduanya ialah laptop : ini masa saya free dan santai. ketiga : Putri dan Zul. Apapun yang paling best ialah ketika bersujud pada ALLAH SWT. Padanya kita meminta dan mengadu. Segala yang saya dapat sekarang adalah atas izinNya jua....syukur pada yang SATU.

Comments (1)

akak jgn stress. ceria! ceria! ceria! akak kalau marah2 selalu nanti cepat tua. lagi satu jgn garang sangat, nanti semua yg baru nak dekat tu lari... hehe...
jgn marah yea kak. nanti kena jual.
terapi minda akak tu ok apa...