Ada-ada aje

Posted by Leeza | Posted in

1. Malam tadi ketika saya hendak menjamu mi segera tomyam , saya dikejutkan dengan kekecohan kebakaran pada pokok sebelah rumah. Ada 2 kemungkinan, pokok hangus atau wayar letrik kena api....Saya terus keluar selepas off main switch dan melihat keadaan yang dikecohkan. Cuma yang dilihat cuma percikan api tapi pokok ok. Masa itu azan isyak kedengaran. Mereka buat kesimpulan 'something out there'. Saya pula buat kesimpulan itu ada adalah 'bulung' dan ia hangus kerana azan isyak. Saya nasihatkan anak2 saya supaya selalu membaca ayat2 yang mudah untuk penjaga diri.

2.Saya memang sibuk hari ini. Kesihatan pula tak ok...suara dah serak. Namun tugas mengajar tetap maintain macam biasa. Tahun 6 menunjukkan kemajuan setelah strategi baru. Saya sangat gembira sebab murid2 yang paling lemah dah mula lulus dengan baik. Peratusan lulus kian meningkat menyebabkan saya mula memasang angan2 untuk dapatkan 100% lulus sains. Pagi tadi bapa Farish datang ke sekolah sebab dia nak Farish balik awal kerana anaknya berjaya memasuki UITM . Anaknya itu bekas murid saya juga. Apa yang melucukan bila bapa Farish menyuruh saya menggunakan rotan untuk mengawal kenakalan Farish. Jika takde rotan bagitahu dia ,nanti dia sediakan untuk saya.....hehehe tidak dia tahu yang saya ada sebatang rotan yang kalau saya guna buat budak tu insaf nak buat silap lagi. Saya memang tak suka gunakan rotan, namun tahun 6 dah janji dengan mereka. Untuk kelas Farish Tahun 2, saya rasa takde masalah sebab mereka semuanya menurut kata dan tiada ruang untuk mereka bermainpun sebab aktiviti seni yang saya sediakan penuh dan membuat mereka fokus. Takdelah saya garang sebab kalau saya garang, takdenya murid2 yang lemah tu datang bertanyakan sesuatu.

3. My Boss suruh saya hadiri seminar pagi sabtu ini. Saya tahu kenapa saya terpilih sebab kawan2 bujang saya memang ada plan sesuatu....lepas seminar kemudian merewang. Tetapi demi kerana tugasan PEKA yang belum siap lagi, saya terpaksa menolak. My Boss akhirnya menerima alasan saya . Kawan2 pula asyik mencuit dan memujuk saya ikut mereka sabtu ini....namun saya terpaksa menolak. Weekend ini masa saya memerap dalam rumah membuat tugasan saya. Selagi kerja ini tidak siap, selagi itu jiwa saya tidak tenang, tidurpun sekejap2 sahaja.

4. Sabtu ini anak saudara kesayangan saya Farah Nadwa balik bercuti dari matrikulasi Labuan. Saya tahu yang saya dah berjanji nak pergi ke rumah abang Dee di Kuching. Saya pula dah lama tak pantau perkembangan pelajaran Farid dan Danial. Hadiah anak saudara saya, Najmi kerana dapat no 1 , belum lagi saya belikan. Baju2 cucu saya , Asmara belum saya serahkan. Eeeeeeiii mahu saya menangis guling2.....kena siapkan keje saya cepat.

Esok memang sibuk sangat. Lepas kelas kena rushing pergi ke Bahagian Teknologi Negeri di Samarahan sebab seminar NILAM. Ini mesti kena leter dan marah sebab NILAM not very active.....alahai mereka tak tahu saya ni banyak kerja nak dilakukan. Kalau ikut prosedur biasa, jawatan saya sebagai GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA hanya perlu 18 waktu seminggu....kalau camtu sapa nak ajar sains, sapa nak jadi ketua panitia sains, sapa nak buat PEKA Sains.....sapa nak ajar tahun 6? Hahahaha....Bos pun senyap bila saya kata berikan tahun 6 sentuhan baru tahun depan.

Terimakasih pada kak NOOR HALIJAH dan Kak ZARA ALUWI sebab kirimkan saya bunga ros merah. Gembiranya saya.......dapat juga saya senyum sekejap.

Comments (3)

mcm padat aje jadual akak ni.
kak kerja apa akak tengah buat sekarang ni yg nak dipulunkan pada hari sabtu nanti... hehe.

salam ida...
sekarang ni tengah pulun keje yang sama. sampai terdemam2, kepala pun sakit. Ini melibatkan masa depan budak2....markah amali upsr mereka.kalau boleh akak nak semua lulus dan untuk itu kenalah ada bukti yang sahih.

o begitu.. patutlah. baguslah akak ni.