Catatan Biasa

Posted by Leeza | Posted in

Saya tak berani lagi cakap saya tensen sebab dah kena kritik hebat2. Kalau boleh saya tak nak jadikan perkataan itu satu muzik di mulut saya hingga boleh jadi satu tabiat yang buruk. Hari ini saya buat catatan pelbagai.....
1. Sabtu lepas saya order karipap segera daripada CT ,rm10. Malam tadi dia sms suruh hantar balik dua bekas plastiknya . Saya dah tahu awal2 daripada kawan saya Nor bahawa CT sayangkan bekasnya ini. Tapi sengaja saya usik dia : ala CT....bekas aiskrim yang kita beli kat kedai, cantik lagi...takdepun kedai suruh hantar balik...hehehe. Betulkan....mana ada kita beli aiskrim and then bekasnya kita hantar balik. Sebenarnya dia sayangkan label depan tudung bekas itu iaitu : Majlis pembukaan Majlis Islam Samarahan oleh YB . bekas PM kita , Tun Datuk Abdullah Badawi.

2. Minggu ini ,gerak gempur praupsr peringkat negeri diadakan. Tadi my paper, science dah siap dibuat oleh mereka dan siap disemak oleh saya. Bagaimana? Strategi saya membuahkan hasil sebab anak2 ini ramai yang lulus dengan baik. Hanya 7 sahaja yang gagal. Itupun gagal dengan markah yang hampir lulus. Kali ini saya dapat 3 orang dapat score A dan peratus lulusnya 77.8%.
Alhamdulilah......masih ada masa lagi untuk menambah peratusan lulus ini.

3. Awal pagi saya sudah dihubungi oleh seseorang bertanyakan sesuatu perkara sensitif yang boleh mencetuskan perang. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Saya sering berhati2 dengan kata2 saya. Apa lagi nak share something dengan seseorang yang lain. Terkadang kita tak tahu yang orang yang nampak baik, manis mulut, di belakang kita tengah mengasah pisaunya tajam2, tengah mengisi pelurunya dalam senapang maut.... Saya hairan sebab perkara kecil dan remeh boleh dijadikan modal untuk melagakan orang lain. Saya tak tahu apa tujuan orang itu berbuat demikian dan apa faedah yang dia dapat. Agaknya terlalu banyak masa free sehingga dia punya masa untuk atur plot2 jahatnya. Selepas baling batu dia akan sembunyi tangan. Tetiba saya rasa bosan.....tetiba saya rindukan sekolah lama saya. Tetiba saya rasa nak beredar dari tempat ini dan meneroka dunia baru, tempat baru......Dulu kami bertiga very closed..... seorang dari kami pindah, tinggal kami berdua bertahan. Don't care what people thinking, sebab tugas kami berdua dah sarat mengisi masa penuh kami.....Tak apalah.... biarlah orang tu sibuk dengan fitnahnya. Saya dah malas nak bercakap dengan orang2 tertentu, malas nak ambil peduli hal orang lain.

4. Bagaimanapun, hati saya terhibur juga sebab ada dia yang selalu di sisi saya. Kemudian dapat hadiah gambar ini dari adik saya HAIQAL ,orang Bintulu, Sarawak. Apa nama kereta ini ? VEILSLIDE MITSHUBISHI.



Dan di penghujung hari saya layan selera saya dengan :Roti aiskrim 3 perisa ( vanilla, coklat dan strawberry. I hope my doctor tak tengok saya makan ini.....mahu dia marah2 saya sebab tidak control pemakanan. DR. B...... hidup hanya sekali.....makan sahaja apa yang dimahukan.


Comments (3)

sedap2 makan aiskrim tu, tak apa aiskrim ni susu..boleh kuatkan tulang..keh..keh

a'a kan kak yati.. sedap aiskrim kak za ni. boleh kuatkan tulang kak.. takpe, makan aje.. hehe..
bagus akak dh tak tensen sekarang ni kan.. ceria yea kak.

salam kak NB : Hehehe....aiskrim menjadikan kita tak pernah jadi dewasa.
Salam IDASM : mana ada orang sentiasa sengeh ceria selalu....tapi akak ni memang jarang tensen. Malas nak tensen, buat apa?Kan hidup kena lalui dengan ceria dan tenang baru kita dapat maju ke depan...kan...kan