Sekadar catatan biasa

Posted by Leeza | Posted in

Bila tiba di sekolah, saya dapati bukan saya sahaja yang tak mampu nak senyum sebab selain saya, madam dan cikgu S pun sama juga, tengah bz nak siapkan data PLBS dan PEKA. Oleh kerana saya suka buat kerja senyap2 maka saya memerapkan diri dalam library sekolah. Saya tak mampu nak buat kerja bila Cikgu2 lain bercakap dengan kuat dan gelak besar2....apa lagi penyakat juga. Alhamdulilah banyak yang mampu saya siapkan dan ini memudahkan saya....hanya perlukan beberapa fail untuk dokumentasi borang2 dan key in data dalam komputer. Sedihnya sekolah takde fail rasmi dan takde failpun....maka terpaksalah saya beli sendiri di kedai samarahan...guna duit sendiri.

Bila penat saya berhenti sekejap dan berjalan2 ke pejabat am....time itulah saya gelak guling2 sebab si abang pekerja am buat lawak antarabangsa. Dia mengusik cikgu S....gara2 tensen, balik Semera berjalan kaki dan bila jenguk luar, terlupa kereta tertinggal di sekolah di kampung J. Itu maknanya bukan tensen tahap maksimum lagi tetapi peringkat bahaya. Saya gelak sebab kalaulah saya seperti itu.....mahu jadi trajedi dalam keluarga saya. Saya bagitahu abang tu, takkanlah tensen sampai lupa tahap sadis seperti itu. Namun ketawa ini buat saya rasa hilang terbang segala kedukaan saya.

Petangnya saya sibuk bersama 57 orang wakil sekolah untuk taklimat NILAM. Dalam 57 hanya 7 orang guru lelaki....bermakna dalam kerja yang leceh dengan data dan sibuk sepanjang masa ini dipegang oleh wanita. Apa yang pasti saya buat satu kesilapan dalam data program NILAM...dan terasa berasap kepala saya......kerana selepas ini maknanya kerja kian bertambah. Betul juga kata madam tadi. Tak apa bagi saya kerana memang sudah tugas saya....pandai2 lah mengatur jadual kerja. Sempat saya mengatur agenda dan perancangan kerja saya untuk program NILAM ini. Apa yang pasti , minggu ini saya mesti siapkan PEKA ....berkorbanlah dulu segala yang menyenangkan.

Saya risau dengan mak saya.....nampaknya penyakit pelupanya menjadi2. Ada 2 pesanan untuk saya tetapi dia gagal sampaikan pesanan itu selengkapnya sehingga saya tak dapat nak ambik tindakan. Pesanan pertama saya dapat kesan setelah menelefon abang pekerja am sekolah....rupanya Luqman dapat bantuan KWAPM e-kasih. Pihak sekolahnya hendak menyerahkan wang itu kepada saya sebab dia di bawah jagaan saya. Wang bantuan luqman masih saya simpan dalam akaunnya untuk kegunaannya masa di sekolah menengah nanti. Itupun saya tak pasti lagi......rasanya saya nak serahkan dia balik kepada ayahnya sendiri. Saya rasa dia perlukan ayahnya lebih dari saya......

Comments (0)