PEKA Sains

Posted by Leeza | Posted in

Satu sebab kenapa cikgu2 tak suka mengajar sains ialah kerana adanya peka sains iaitu ujian amali untuk murid2. Guru2 tahun 6 yang mengajar kelas UPSR memang tensen tahap gaban ( Gaban tu sapa?) sebab selain kena buat super extra class....mengajar lebih masa, buat kerja lebih banyak, tekanan dari pejabat dan sebagainya.......Dalam bilik guru jika ada meja yang berselerak dan bertimbun macam tak cukup tempat , semua orang tahu itu milik guru2 tahun 6. saya mempunyai 3 rak kayu yang saya buat sendiri. Satu di atas meja, satu di bawah meja dan satu di belakang kerusi saya. Semuanya penuh dengan fail2 dan buku2 .

Hari ini saya rasa masa terlalu cepat berlalu dan tak cukup bagi saya kerana kerja saya sangat banyak. Hari ini saya sibuk dengan PEKA Sains tahun 6 yang mesti disiapkan sebelum 22 Julai. Si Bernard akan datang memantau...maunya mengamuk kalau saya tak siapkan kerja saya. Saya harap dia takkan memandai suruh saya tukar keputusan yang saya buat dalam ujian tersebut kerana jika ditukar ertinya saya terpaksa ubah semua keputusan. Saya dah bahagikan kerja saya, 10 fail sehari ertinya minggu ini juga saya dapat siapkan individual score. Memang perlukan kerja keras, minda yang tabah dan mood yang ceria agar semua yang dirancang berjalan lancar. Melihat saya sibuk dengan PEKA ,si Madam pun mula sibuk dengan PLBS BI nya....hehehe . Minggu depan saya akan keluar sekolah lagi, taklimat dan seminar program NILAM. Eiiiiiiiiiiiiii....tak habis2 keluar2 je. Saya bukannya suka keluar sekolah sebab ia menganggu plan saya untuk tahun 6. Saya tak nak sains saya dapat result tercorot dalam UPSR sekolah tahun ni. Kalau boleh saya nak kalahkan si Maths . Tiap tahun asyik kalah seorang je dengannya. Sebab ,kalau saya kalahkannya .....saya boleh suruh dia tukar ke jabatan sains. Bolehlah saya rileks pula. Asyik saya je jadi guru sains UPSR tiap tahun......tensen bah. Tensen tahap Gaban ( Gaban tu sapa ye?)

Selasa dan Rabu adalah hari saya sibuk pagi hingga ke petang. Nasib baik murid2 saya pandai ambik hati.....

Comments (1)

akak jgn tension2... tak elok utk kesihatan..
senyum dan sentiasa ceria... hehe... barulah hidup lebih bahagia... iyelah tu..! hehe..