Baby Aliya

Posted by Leeza | Posted in

Hari ini saya bercerita tentang baby Aliya,anak saudara saya yang paling bongsu, anak saudara ke 26. Dia anak ke 5 abang saya yang ke 4. Semasa kelahirannya, kakak ipar saya terpaksa menahan agar dia tidak lahir dalam kereta semasa dalam perjalanan ke Hospital Umum Kuching. Abang terpaksa memandu sendiri dengan ditemani oleh dua orang nurse perbidanan. Nasib baik ada polis trafik yang membantu agar perjalanan abang diperluaskan dan dipermudahkan. Yang hairannya kenapa dua orang nurse yang takut itu tidak sanggup menanggani masalah kelahiran ini? Saya juga tertanya-tanya kenapa Hospital Samarahan yang paling dekat tak sanggup menerima kes kelahiran Baby Aliya.

Kemudian semasa lahir, ternyata Baby Aliya menghadapi masalah urat tercedera. Dia 'lembik'.....bayangkan sekecil itu dia menggunakan neck colar macam yang saya pakai semasa saya accident dulu. Kesian sangat dengan tiub2 berselirat. Abang beberapa kali call dalam tangisan dan suara yang serak pilu....saya hanya mampu memujuknya berdoa, solat hajat. Berbagai cara kami lakukan.....abang seakan pasrah jika umur Aliya tidak panjang. Namun kami sekeluarga sentiasa berikan sokongan padu dan abang nampaknya tidak putus asa berusaha. Dia tidak bergantung dengan perubatan moden tetapi menggunakan khidmat perubatan herba. Tidak kisah berapapun belanja dan biaya asal anaknya sihat dan boleh pulih. Kelalaiankah yang menyebabkan Aliya begini atau memang sudah tersurat demikian? Baby Aliya sekarang masih dengan penyakit lembutnya tetapi dia sudah tahu mengenal orang di sekitarnya. Malahan dia sudah boleh dibawa bergurau senda. Cuma kakak ipar saya kena berhati2 sebab abang Aliya Si Zul ( saya pun tak ingat nama penuh semua abangnya......panjang sangat.....hehehe) suka mengacau Aliya. Pernah sekali dia dilihat 'menyenamkan' Aliya . Mungkin dia sering melihat ibunya melakukan senaman ringan kepada Aliya jadi dia mengikut sama.

Apapun juga, macammana pun rupanya, Baby Aliya tetap anak saudara yang saya sayang. Semuanya saya sayang walau kenakalan dan karenahnya berbagai. Agaknya begini jadi emak, camnerpun anak buat perangai, kecewa setakat manapun, tidak berhenti dari terus menyayangi...dan mendoakan yang terbaik untuk anak2.

Comments (1)

ida turut simpati dgn baby aliya. ida jua doakakn moga baby aliya cepat sembuh dan sihat walafiat hendaknya..
kak leeza, letaklah gambar baby aliya sikit..