Anugerah Pilihan Pembaca 2009 - NB tetap my first choice

Posted by Leeza | Posted in


Awal pagi saya tertarik dengan fenomena ini....tempat yang selalu kami anggap tidak cantik dan memeningkan kepala bertahun2 menjadi tempat anak2 melepak. Tiang simen ini adalah bekas kaki tangki air lama . Pelbagai cara kami usaha untuk menceriakan tempat ini kerana ia terletak di sebelah pejabat Am sekolah. Lantas kami cat tiang ini dengan cat minyak berbagai warna.

Entah apa yang disembangkan oleh anak2 ini...murid-murid darjah satu. SiKetam yang berdiri sabelah kiri sekali.

Tengahari saya dan kawan2 saya pergi ke BDC Mall kerana saya hendak ke kedai POPULAR BOOK STORE. Ia terletak di tingkat 3. Inilah tempat yang paling dekat dengan tempat saya dan kemudahan parkingnya selesa. Tujuan saya ke sana ialah membeli beberapa buah buku latihan UPSR untuk tahun 6 dan mendapatkan borang Anugerah Pilihan Pembaca 2009 anjuran Berita Harian dan Popular. Tarikh akhir ialah 15 Julai. Saya tak mahu seperti June yang ke Popular namun terlupa meminta borang ini....keh3. Sahabat saya ini memang lawak....sampai no IC pun terbalik.

Setelah saya dapatkan borang, kami singgah di Warong 2000 untuk minum petang. Saya memesan kuetiaw tomyam seafood dan ABC special. Fuhh...memang sedap biarpun pedas. Saya mahu belajar makan pedas sedikit demi sedikit .

Malamnya, saya sibuk mengisi borang2 undian. Siapa yang saya pilih? Tentulah NB pilihan pertama saya sebab memang dia yang saya pilih sejak dahulu kala. Saya menghayati karya2 beliau ,sentiasa ada peningkatan. Ceritanya berbagai dan ia tidak mengayat semata2. Saya tak suka dengan komen sesetengah pihak menganggap novel melayu hanya persoalkan cinta sahaja...dan baginya takde apa2. Bukankah pihak ini hanya sesedap mulut sahaja mengkritik tanpa membaca novel2 melayu? Baca dulu novel melayu sayang, dan anda akan lihat tahap kematangan novelis melayu yang bukan menulis sekadar hanya untuk ayat2 cinta tetapi dengan realitinya menyelitkan unsur2 kesedaran dalam diri. Dakwah bukan hanya dengan melaungkan ayat2 suci tetapi melalui karya novel melayu , masyarakat mampu disedarkan hakikat kehidupan dan kemasyarakatan. Jangan hanya menganggap kami pembaca novel2 melayu berjiwang2.......namun hakikat bagi diri saya, novel melayu adalah terapi minda untuk stres yang paling mudah. Bukankah elok duduk di rumah membaca novel melayu dari anda merewang mengukur jalan tanpa sedar malam bertemu siang.

Jom rakan2 saya....mari menyokong novelis yang kita sayang....pilihlah mengikut kemahuan anda....dan saya sarankan pilihlah NB. Jika anda suka karyanya ,PILIH NB. UNDILAH NB. Kita iktiraf penulis kesayangan kita....semoga NB terus bersemangat menulis ,menulis dan terus menulis.

Comments (1)

cayalah kart akak!
yes! NB tetap no 1... hehe
o akak x makan pedas rupanya..