Memori Raya Yang Lucu

Posted by Leeza | Posted in

Setiap kali cerita pasal raya , pasti kawan-kawan saya ketawa dan begitu juga dengan staf sekolah. Mereka sama dengan saya tidak dapat melupakan memori lucu tersebut. Inilah kenangan manis saya di bawah pimpinan Cikgu Ahmad .

Mula-mula saya mengajar di sekolah sekarang ialah pada tahun 2001. Setiap kali lepas cuti raya ,Cikgu Ahmad akan menjemput kami semua stafnya ke rumahnya untuk jamuan makan. Mungkin terbiasa dengan keadaan ini, maka entah bagaimana satu tahun yang indah itu, kebiasaan ini berubah.

Pagi itu saya menggunakan pakaian baju raya yang paling cantik ke sekolah. Maklum orang nak pergi ke jamuan makan di rumah bos. Awal pagi saya memesan mak saya supaya tidak perlu masak apa-apa kerana tengahari itu saya begitu yakin saya makan di rumah bos. Bila sampai di sekolah, member-member tegur: cantiknya baju. Saya jawab, istimewa untuk makan di rumah bos. Sampai tengahari tak juga ada notis jemputan makan. Sehinggalah loceng berbunyi waktu tengahari kami semua gelak sakan sebab saya yang terlalu mengharap.

Bila balik ke rumah, mak pun hairan saya balik awal. Mak tentulah tak masak apa-apa. Perut yang lapar membuatkan saya masak mi maggi kari cepat dimasak sedap dimakan.

Sekarang, saya tidak mengharap apa-apa selepas cuti raya....namun dengan Bos yang baru inipun dah terbiasa lepas raya ada jamuan rumah terbuka di rumahnya. Hahaha....moga rezeki bos-bos saya ini bertambah-tambah.

Comments (1)

ha ha ha...kau ni Za orang tak jemput lagi pun..ha ha ha..kalau Cikgu Ahmad tu tahu mesti malu jugakan. Agaknya tak ada kelapangan masa tukan?