Ikan di Asajaya

Posted by Leeza | Posted in


Daerah Asajaya dan Sadongjaya dikenali sebagai tempat perikanan terutamanya ikan terubuk. Baru-baru ini amat sukar mendapat ikan-ikan yang baik. Kalau adapun harganya melambung-lambung naik. Udang lipan @laka@ mantis prawn sukar didapati. Agaknya dalam umur 40an ini baru dua kali saya makan udang lipan. Beberapa bulan lepas saya membeli 4 ekor dengan harga rm3 sahaja. Kali ini saya membeli dua ekor ini dengan harga rm4.80 sebab sekilo udang lipan ini rm12. Saya masak cara rebus dengan serai sahaja. Luqman begitu pandai memakannya dengan hanya menggunakan tangan mengopek. Dia tak peduli lauk lain dan makan nasi dan udang lipan sahaja. Saya pula masih terkial-kial dengan gunting membuka udang lipan, dia sudah kekenyangan.

Ini pula ikan lumek. Saya pun tak tahu nama dalam bahasa melayu baku. Sekilo ikan ini harganya rm5. Ia sedap dimasak sup, pais, asam pedas, dan goreng berkunyit. Isinya yang lembut juga boleh dibuat cucur lumek. Pertama kali saya makan cucur lumek yang dibawa oleh cikgu Badar, baru saya tahu ikan ini sedap dibuat cucur. Ini ikan kesukaan mak saya.

Ini pula ikan bulu. Harganya antara rm15 sekilo. Hari itu cuma jumpa 4 ekor sahaja, saya membelinya dengan harga rm2. Ia sedap dan berlemak. Saya buatkan pais ikan untuk mak saya.

Comments (2)

Terliur tgk udang lipan tu..Kat belah Kedah, kg nenek Aween..sepinggan RM 3 ja..ada dalam 10 ekor...kalau balik sana..makan tak ingat la

Murahnya aween....kalaulah dapat 10 ekor...mahu makan tak ingat juga akak ni....