Mood Merudum

Posted by Leeza | Posted in

Minggu ini merupakan minggu yang kacau bilau dalam hidup saya. Saya tak sangka keletihan teramat menyebabkan mood saya merudum jatuh....dan seterusnya sintom-sintom demam mula menyinggah memberi pertanda. Biarpun demikian tidak saya layan rasa lesu ini kerana saya harus kuat untuk melaksanakan tugas rutin di rumah saya, memasak, mengemas, mencuci dan memastikan makan minum serta ubatan emak sentiasa terjaga rapi.

Kaki pula sakit seperti tak larat hendak menekan klaj kereta. Kalau tak driving, habis siapa nak hantar ke sekolah? Agaknya berat badan bertambah maka setiap pagi menimbang berat di meja da masa balik pun sama juga. Kelesuan badan tidak terkata. Mata pula asyik berat setiap pagi. Tambahan pula hujan pagi menambahkan kedinginan tubuh sehingga terpaksa menggunakan jaket sukan dan jaket sejuk. Kemudian berdesing telinga mendengar rakan sekerja komen pasal jaket sukan berhood yang tidak sesuai digunakan. Saya suka jaket berhood ini sebab boleh merentasi hujan renyai-renyai semasa pergi ke kelas di bangunan sebelah. Hanya guna sahaja hood jaket tersebut untuk mengelakkan basah kuyup. Saya tahu saya tak sihat sebab itulah badan lesu, pinggang sakit dan mata asyik mengantuk sahaja.

Kesibukan minggu ini dengan PEKA UPSR untuk Sains dan kemudian menyemak kertas Sains Pra UPSR menguras habis tenaga dan minda. Kemudian latihan latih tubi Sains UPSR , tambah menyedihkan bila murid-murid dengan sambil lewa sahaja untuk berusaha malahan tidak datang kelas tambahan makin memburukkan semangat dan jiwa. Jika disenaraikan semua kerja saya tidak pernah ada kesudahannya. Jika sebegini teruknya , terasa menyesal memilih opsyen pencen umur 58 tahun. Masih ada 16 tahun untuk bergerak ke hadapan.

Bagaimana dengan hobi yang merupakan terapi minda dan terapi jiwa? Saya sudah membahagi dua hobi ini iaitu menonton TV dan membaca novel. Sejujurnya harus saya akui bahawa saya lambat menghabiskan sesebuah novel kerana jalan cerita yang hambar dan biasa-biasa sahaja. Berlainan dengan novel-novel NB yang saya akan habiskan dengan naluri teruja ingin tahu kesudahannya. Namun apakan daya saya, NB membataskan novelnya diterbitkan dalam beberapa bulan. Tunggu sahajalah novelnya dikeluarkan tidak lama lagi.

Sekarang saya mengamalkan rutin yang baru. Di sekolah adalah sepenuhnya tumpuan untuk kerja-kerja saya. Terkadang jam 7.00 pagi hingga 1250 tidak mencukupi untuk menyiapkan tugasan. Mata sudah semakin rabun menyebabkan cepat penat ketika menyemak hasil kerja murid-murid. Di rumah pula saya menumpukan kepada kerja-kerja di rumah. Mak saya ,kalau saya tidak masak dia tidak berselera makan. Dia sudah boleh masak sendiri tetapi saya pastikan makanannya telah siap saya masakkan sebelum turun ke sekolah.

Bercuti...berjalan ....dan bersantai, entah bilalah saya dapat menikmatinya. Mungkin cuti hujung tahun nanti agaknya.....insyaAllah.

Comments (2)

Memang Za, ada kalanya mood kita ni swing like yo yokan. Sekejap atas sekejap bawah, lebih2 lagi bila penat.
Mungkin sejak akhir-akhir ini kau tak rehat kot? Sebab itu jadi macam tu..
Akak pun kadangkala rasa penat aje nak menulis..

kak liza tu kepenatan tu. akak, restlah , jgn terus kerja aje. badan tu sesekali nak dimanja jugak...
minda akak pun tak berhenti kerja. so.. kalau tgk tv tu, layanlah citer yg santai yg tak payah fikir2 yea..

take care kak...