Bila Komputer Sakit

Posted by Leeza | Posted in

Dah lama saya tak ada kan? Seminggu dah laptop saya rosak. Masalahnya : Display flickering. Skrin rosak. Nasib baik masih dalam tempoh warranty. Laptop saya seperti di ataslah, saya beli sama dengan abang saya si Guru Besar . Dia siap tanya asal latop saya cepat rosak. Saya diam je sebab saya banyak habiskan masa dengan laptop ini untuk buat kerja-kerja saya. Sabtu lepas saya hantar ke kedai. Hari-hari seterusnya saya gelisah. Banyak kerja saya tertinggal dalam laptop itu yang saya lupa save dalam pendrive. Kemudian saya tak dapat online. uwaaaaaaa.

Isninnya, saya pinjam laptop sekolah untuk seminggu. Tujuannya nak buat kerja. Sayangnya laptop ini , 'Si Panjang' dah block dengan kod rahsianya. Saya tak boleh akses internet. Itu gunanya 'Si Panjang', memblock kemudahan harta kerajaan. Makmal komputer di sekolah saya ,takde guru nak guna internetnya. Kalau adapun, saya lah yang guna baru-baru ini untuk pengajaran sains saya. Itupun guna LCD, Projektor dan pendrive. Alhamdulilah, baik pula moodnya bantu saya buat persediaan agar semua alat itu siap digunapakai. Agaknya dia serik kena marah saya masa mesyuarat yang lepas.

Laptop sekolah ini beratnya, sampai senget bahu saya. Hari-hari kena usung ke sekolah. Rupa-rupanya dalam beg , ada 3 buah buku manual. Patutlah berat. Beg dokumen saya ,telah saya tak pakai sebab berat. Saya tengah cari beg yang ringan....tapi masih belum jumpa. Madam komplen saya bawa banyak barang ke sekolah. Mana tak banyak sebab saya bawa balik buku-buku latihan murid-murid saya. Ye lah, kan laptop takde, daripada saya bosan baik saya buat kerja manual. Saya rindu dengan blog saya, rindu dengan kawan-kawan, rindu dengan kak NB ( blognya) dan saya sedar hidup saya tak lengkap tanpa komputer.

Diam tak diam saya habiskan membaca 3 novel seminggu. Wah....ligat. Saya dah kenal gaya Noor Suraya menulis novelnya setelah selesai membaca BIRU UNGU CINTA. Pun juga NB dengan RANTING CINTA SI PLATO, dia punya cirinya tersendiri. Apa-apapun NB style dah lama saya suka ,dah dekat di hati....sejak saya ligat mencari koleksi novel lamanya dulu , novel terbitan creative. Dah lama saya tak menulis blog, saya ketandusan idea. Apa-apapun, kalau pasal novel, laju je idea saya bercerita......sayangnya ada yang tak suka.

Hampir saya membeli laptop yang baru. Minggu lepas saya dah terbayangkan netbook warna merah....harga rm1299. Kiranya minggu ini saya nak beli , tup tup tup, ALLAH sayangkan saya, khamis petang budak kedai call beritahu laptop saya dah siap dibaiki. Mereka gantikan skrin yang baru. Alhamdulilah.......Terima kasih kak NB , katanya kalau rumah kami dekat, dia nak pinjamkan laptop pink si Teta. hahahaha.....terima kasihlah kak....Za bukannya jenis suka pakai barangan orang, takut rosak pula . Harta kerajaan inipun, lambat je saya guna kerana memang tak selesa pakai bukan milik sendiri. Agaknya saya masih simpan kata-kata arwah Pak Cik Zailani, ayah guru saya : You should use your own things, buy it and make it your own property. Never borrow from others....Masa itu saya masih bersekolah ,manalah ada duit sendiri. Keluarga saya miskin tak berharta, arwah marahkan saya kerana anaknya guru saya pinjamkan satu buku rekaan corak 'crosstich' ,saya cuma nak guna sebagai contoh untuk mereka sendiri corak saya. Hanya sehari saya pinjam, hanya sekali itu....ia mengubah terus prinsip saya. Namun kenapa ada orang yang tak faham-faham tentang 'buku'? Kalau dah minat membaca novel, janganlah pinjam. Pergilah beli sendiri, buat koleksi sendiri. Kalau tak suka ,boleh jual sebagai buku terpakai. Dan kalau jual buku terpakai, jangan mainkan orang yang berminat nak beli buku tersebut....mungkin orang tersebut nak buat koleksi. Kalau tak kerana minat, baik cari buku baru yang lagi cantik dan kemas. Geram saya dengan penjual buku terpakai yang suka main-main sebegini.....

Apa yang saya merepek ini.....hahaha, bacalah isi hati dari jiwa yang bercelaru. Bila komputerku sakit, jiwa saya juga kekosongan. Ye lah, komputer itukan boyfriend saya sekarang....

Comments (4)

orang yang jual buku terpakai tu memang kau harus balun sebab kau da bagi duit za, da order..kemudian bagi alasan pindah rumahlah itulah, end up dia cakap dah jual..gila ke apa? akak pun geram tau..

humpuk semua cerita dalam satu ni kak...hihihi...selamat kembali bernafas ya kak! =D nuar pun kalau laptop rosak sikit...belang perangai sebenar pun timbul, hangat je hati ni...haha

saya pun cannot live w/out my lappy!! and lappy saya is p&c. Anak2 mmg tok leh sentuh. Tapi kalau lappy hubby, lappy zati and desktop wani, saya buat mcm saya punya.hehehe

kak liza,
saya pun pantang kalo org pinjam novel2 & buku2 saya. . lebih2 lagi yg pinjam & buat2 lupa nak pulangkan...