Spot Check

Posted by Leeza | Posted in

Dalam keluarga saya ada seorang kakak ipar antarabangsa. Dia tegas orangnya, garang dan kalau bersuara saya tak daya nak menangkis dengan apa-apa raketpun sebab bulutangkis yang dia lemparkan bukan sebarangan jenamanya . Terkadang saya hanya mendiamkan diri sebab saya akui sayapun ada kesalahan juga.

Hari ini dia datang sekeluarga secara mengejut . Saya tahu dia sengaja nak buat spot check tentang keadaan rumah yang saya dan mak diami. Paling utama ialah kebersihan. Pagi tadi kebetulan saya sibuk memasak sarapan bihun goreng untuk saya bawa ke rumah abang saya Si GB untuk melawat anaknya ALYA yang baru keluar hospital. Jadi saya tak sempat nak kemas rumah . Hujan pula lebat. Saya bawakan kek kismis yang saya buat semalam .Kek itu tidak menjadi kerana isinya terburai....saya letakkan dalam peti ais barulah nampak elok. Kemudian saya kena memimpin mak saya ke kereta, dia nak ikut juga melawat cucunya. Baru nak bergerak, si Puteri sudah meraung nak ikut saya tetapi neneknya kena ikut sama .

Balik dari rumah abang GB itulah , ketika saya sibuk di dapur hendak masak sup ayam dan goreng ikan, tetiba saya dikejutkan dengan kehadiran kakak saya ini. Aduhhh ....habislah . Selalunya dia akan call terlebih dahulu jika hendak datang dan saya pastinya sudah sedia lauk pauk dan kemas rumah mengikut piawaian kebersihan nya. Kemudian Farid menghantar ayam yang masih mentah. Saya tanyakan abang sama ada hendak makan tengahari ke tidak.(ada ke tanya cam tu...hehehe tentulah nak makan tengahari) Saya pun buat lauk ringkas, sayur campur dan ayam goreng . Menu makanan yang langsung tiada rasa pedas. Ketika saya ligat itulah , kakak mulakan ceramah Tahun Baru Cina .....

"Usu....kenapa ini bla..bla..bla" jenguk sekejap saya ke ruang tamu.
"Usu...mana ....bla..bla..bla" jenguk lagi saya ke ruang tamu.
"Usu...cuba awak...bla..bla...bla" jenguk lagi saya ke ruang tamu.

Bila sudah banyak kali menjenguk ke ruang tamu, resipi sayapun jadi berantakan. Eh...dah letak garam ke lauk ni? Apa lagi saya nak letak ye.....aduhhh kepala saya dah pening. Dia dan anak-anaknya mula mengemas dan menyapu. Kemudian mengatur tempat letak TV sebab kali ini mereka balik memberi TV 29 inci ke 32 inci, sayapun tak tahu sebab almari untuk letak TV tidak muat dengan TV tersebut. Saya suruh abang atur terus sebab saya tak larat nak angkat TV yang berat itu. TV lama dipesan suruh letak dalam bilik saya....katanya sayang kerana TV itu abang beli semasa dia masih bujang lagi. Sebenarnya saya tak ingin letak TV besar itu di bilik kerana saya sudah memiliki TV kecil yang sudah ada DVD playernya. Lagipun saya bukan tahan berjaga malam, jam 10 malam mata saya sudah automatik mengantuk.
Bila saya sudah siap memasak saya terus hidangkan makan tengahari di atas meja. Saya suruh mereka makan terus. Ketika makan itulah kakak saya mengatakan masakan saya ada yang kurang...hahaha....kalau masak dengan hati yang tidak gembira beginilah jadinya. Sentiasa ada yang kurang. Sebelum balik, saya berpesan lain kali kalau tak nak hati sakit melihat keadaan rumah atau hendak merasa masakan yang cukup rasa, kenalah telefon dulu. Tujuannya dapatlah saya berusaha untuk membersihkan mengikut piawaiannya. Tak boleh nak kata apa, kerana rumah saya tidak teratur dengan baik sebab menghadapi banjir dan musim hujan berterusan membuatkan saya mengangkat semua perabot dan sofa di atas batu bata blok putih yang saya susun 3 lapis.

Hahaha....saya mempunyai 5 kakak ipar dan kesemuanya berlainan perangai. Saya mengenali kesemua perangai mereka dan alhamdulilah setakat ini saya masih baik dengan mereka. Antara kakak ipar saya, Kakak ipar inilah yang paling baik hati dengan saya . Saya katakan baik hati sebab dia suka memberi saya barang-barang seperti beg dan pakaian. Namun dia juga seorang yang dominan. Tapi....namanya manusia , kita sendiri pun tidak sempurna . Jadi sebagai adik saya terpaksalah mengikut apa sahaja yang berpatutan....dan jika ke lima-lima mereka berkumpul, baik saya jangan nampak bias...bahaya. Keh3.

Comments (4)

hakhakhak...alih2 apa yg dimasak kurang rasa itu kurang rasa ini yer kak...dok dipanggil pegawai inspection jeh...kehkehkeh...dulu waktu kaka nuar anak dara, dia tu kaki kemas...kalau karpet yang hujung dia ada rambu-ramba tu...dia sanggup luruskan okay dan bila ada yg terpijak rambu-ramba kt karpet tu...dia suruh luruskan balik...tapi la ni dah kurang sikap ISO9002 dia tu... =D

za.. adui mesti tension gilerkan. tp za ni baik lah.. tahan telinga je org bebel hahaha.

kak,
hmm, kalo saya pun tak tentu arah dibuatnya.. rasa masakanpun ntah apa2 jer.. mau hangus dibuatnyer... LOL

hmmmm..menarik kisah..yang pastinya setiap apa yang kita lakukan sentiasa memenuhi standard kualiti kita dahulu sebelum membuat penilaian ke atas orang lain..renung2kanlah..