Gong Xi Fa Cai

Posted by Leeza | Posted in

Pagi tadi Madam T rakan sekerja saya memberitahu bahawa dia akan balik awal hari ini kerana hendak bershopping barangan untuk perayaannya. Bila dia balik saya tak sempat mengucapkan happy chinese new year padanya. Tak apalah , sms kan ada. Tiap tahun dia menyambut perayaan bersama keluarga mertuanya. Kemudian dia akan bergegas ke rumah ibubapanya. Dia tidak mahu melepaskan peluang berkumpul bersama keluarganya kerana adik beradiknya akan berkumpul di rumah ibubapanya. Katanya kesian juga dengan kedua ibu bapa mertuanya. Dia awal-awal berpesan dengan suaminya untuk menyuruh semua adik beradiknya balik beraya dengan ibubapa suaminya itu. Betullah apa yang dia katakan, waktu ibubapa masih hidup inilah ambil peluang bersama mereka.

Saya teringat dengan seorang lagi rakan cina saya yang juga menjaga ibunya yang sakit cancer. Kasihan kerana tahun ini tugasnya di sekolah amat sibuk ( mengajar sekolah cina memerlukan gurunya mengajar minimum 33 waktu seminggu) , pelajarannya lagi dan keluarganya sendiri.Dia tidak mempunyai maid di rumah sebab anak-anaknya sudah besar.Happy Chinese New Year ,Lucy.

Cuti Tahun Baru Cina sekolah saya hanya 2 hari, isnin dan selasa menjadikan cuti hujung minggu ini menjadi 4 hari. Wahhhhh...bestnya cuti. Saya nak luangkan masa dengan bersantai dan berjalan-jalan. Shopping bukankah penawar sakit bosan ? Hahaha...tapi kan saya nak habiskan masa di KL tak lama lagi....kenalah melatih kekuatan kaki ini berjalan lama. Kalau tidak nanti saya jadi macam si Teta pula, asyik minta dipicit sahaja. Selalunya mak saya yang tolong picitkan kaki saya , dan dia merungut tak larat nak picit kaki yang macam kaki gajah. huhuhuhu.

Comments (2)

nuar kawan rapat berbangsa cina dah 2 tahun tak balik malaysia...jadi tak leh singgah-menyinggah...

paling best, kalu raya cina citer tv best2...kehkehkeh...kalu ada citer hantu lompat2 tepek kt dahi tu best kan kak? hahaha =D

Nuar : hahaha....akak suka citer hantu tu. Sampai jadi permainan masa kecik. Malahan masa di maktab akak volunteer jadi conduct taichi.Last step yang akak buat ialah buat lompat hantu cina...hingga lecturer akak Mr Hii ketawa terbahak2.Member yang lain semua geram...siap sekeh kepala kah3.