Semalam Di Shah Alam

Posted by Leeza | Posted in


Pada 1 Mei saya ke Shah Alam untuk menghantar Aisah ke rumah keluarga barunya. Kami menaiki penerbangan 9.40 malam . Sepanjang penerbangan, saya seronok tidur kerana siangnya saya sangat keletihan, lagipun pergelangan tangan saya tercedera selepas terjatuh di bilik air siangnya.

Haa...inilah majikan Aisah. Saya sempat lagi menggunakan Acer Mininya untuk melayari facebook. Awal saya bangun pagi itu....hehehe dah biasa. Rupa-rupanya Kak Sri Diah dan Aisah sudah sibuk di dapur membuat sarapan , nasi goreng pedas , pekasam sepat, karipap dan samosa kentang. Inilah pertama kali saya makan pekasam sepat....yummmy. Rupanya sedap pekasam ini, jadi don't judge a food with its fragrance.


At last...saya bersua empat mata dengan DUSTY , salah seekor daripada 13 ekor kucing milik pasangan SRI DIAH dan AHMAD SHAABUN. Montel-montel kesemua kucing tersebut. Ketika memasuki rumah ini saya sudah disambut dengan mesra oleh anak-anak Kak Sri termasuk 13 babies nya ini.

Jelingan mengancam Dato' Karim. Ia tak suka didukung dan dipeluk oleh saya....dalam hati dia mesti cakap begini : apa tengok-tengok ha? Di Kuching takde kucing ke? Hahaha...ileks Dato' K ha...bukannya luakpun tengok kamu.


Selain kucing, rumah ini juga banyak tanaman yang menyegarkan pandangan...tak payah pergi hutan belantara sebab di lamannya sudah ada taman hijau. Yang menarik minat saya ialah pokok Periuk Kera arau nama inggerisnya Picther Plant. Saya ambil gambarnya untuk ditunjukkan dalam kelas Sains saya. Niat hati hendak buat power point untuk tumbuhan sebegini.

Orkid yang banyak terdapat di laman ini. Suka saya melihat kembangan di taman larangan ini. cewahhh...

Kolam ikan yang dipenuhi dengan ikan Koi...besar-besar dan cantik. Kak Sri ada nama juga untuk ikan-ikan ini...entah sayapun tak ingat. Yang mengkagumkan saya ialah Dato' K dan semua anak buahnya tak hairan dengan ikan ini. Seekor daripadanya setiap hari makan vitamin chimp.....wah, kucing pun makan vitamin.


Aisah bersama Kak Longnya....Puteri Lindungan Bulan di Shah Alam. Gambar ini diambil semasa kami semua makan tengahari di Restoran Thai dekat Wisma Giant ,Shah Alam pada 2 Mei 2010.


Keluarga baru Aisah, Kak Sri Diah, puterinya Anis, Abang Mad , Abi dan Anas. Gambar tak terang sangat, lupa ambil 2 kali...huhuhu.


Abi yang ambil gambar...saya bersama keluarga Sri Diah. Abi ini berbakat dalam muzik dan fotografi....dalam bilik Anas ,ada gitar yang canggih-canggih. InsyaAllah jika dimurahkan rezeki dan panjang umur, saya ingin mendengar Abi membuat persembahan. Terima kasih kak Sri dan Abang Mad sebab belanja makan tengahari yang sedap....kenyang saya sampai ke malam.


Ole-ole dari Shah Alam. Kak Sri berikan saya, pekasam sepat dan haruan ( kena tanya betul-betul bagaimana memasaknya) , kuah Pecal, serunding, colek buah, ikan masin yang saya suka tengok susunannya...dan kesukaan saya, emping pulut....lama dah tak makan. Makanan ini sedap dimakan dengan kelapa parut dan gula apong. Kak Sri suruh tambah susu manis....wahhh yummy. Masa sampai mak pun kesukaan....lama dah tak makan ini. Soalan saya dalam hati : dapatkah mak makan...dia kan takde gigi ? hehehe...dalam hati je tahu, kalau cakap kuat-kuat nanti dia merajuk pulak.

Saya juga mendapat beberapa majalah keluaran Karangkraf percuma...bestnya. hehehe. Saya nak belek i Luv Islam, jika okay saya nak melanggannya.


Lastly, saya tak mungkin melupakan ole-ole ini, roti Gardenia dan High 5. Dua beg saya beli dan untuk membawanya saya beli beg recycle polisyter rm 4.99 di Giant. Saya beli banyak untuk diagihkan kepada keluarga Aisah, kawan baik saya Kak Munah , Madam T dan anak-anak buah serta cucu saya. Cashier sempat bertanya : banyaknya kak....berniaga roti ke kak? Saya jawab selamba : tak. untuk makan dan bawa balik ke Sarawak. Di LCCT saya menyaksikan ramai penumpang berbaris di kedai WAFADA untuk membeli roti-roti Gardenia....kan....kan , dah jadi trend membeli roti ini sebagai ole-ole dari KL.

Saya mendoakan agar Aisah dan keluarga barunya serasi bersama. Terima kasih atas layanan yang baik.....insyaAllah moga bertemu di lain masa.

Comments (0)