BORIA : GURU OH GURU

Posted by Leeza | Posted in


Boria Tahun 4 punya persembahan
untuk tontonan warga Jemukan
kalau terkena jangan terkilan
kerana ini hanyalah gurauan (ramai)

Cikgu Seria jalannya laju
bagai dikejar jembalang dan hantu
berpeluh-peluh sampai ke sepatu
rupanya Nazir yang ditunggu

Cikgulah Liza suaranya lantang
hatinya baik mukanya masam
pantang dicabar terus menyerang
buat hati rasa tidak tenteram

Cikgulah Adil anaknya dua
mengajar matematik sampai ke tua
merotan kami tak kiralah masa
asalkan kami lulus semua

Berkaca mata pandai berkelakar
rambutnya tiada tanda dah tua
orangnya kecil berjiwa besar
itulah dia Cikgu Zolkifli Mola

Badannya tegap kacak sekali
selalu senyum walau marah di hati
mengajar muzik, seni dan tari
itulah dia Cikgu Sejeli

Ustaz Sabri panggilan diberi
suara merdu bila mengaji
tengok sekali nampak macam happy
sebenarnya sedih teringatkan isteri

Mukanya bengis hatinya lembut
suaranya macam suruh kawad
kamipun lari begitu ligat
itulah dia Cikgu Aziz yang smart

Playboy Asajaya gelaran diberi
perutnya buncit bagai dah berisi
bila nak beranak belum tentu lagi
itulah dia Cikgu Seruji

Cikgu Abdul Rahman PK sekolah kami
berkaca mata hitam suka bertopi
suka melaram jelas sekali
lagaknya macam mahu tambah isteri

Orangnya kecil badan tak berisi
asyik mengail setiap hari
di Sungai Moyan sudahlah pasti
itulah dia cikgu Taib Salbi

Sekian sudah persembahan kami
semoga semua terhiburlah hati
salah dan silap mohon dimaafi
jangan disimpan di dalam hati

Begitulah dia Boria Hari Guru yang dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 4 dengan korusnya disampaikan secara solo oleh Muhd Fathurrahman Al Hakim bin Maharan. Ibunya ustazah di sekolah kami. Penulis lirik lagu ini ialah guru kelasnya Ustaz Mohd Sabri Abdul Hamid.

Comments (0)