Warm Up Your Appetite

Posted by Leeza | Posted in


Kali ini saya nak masukkan gambar-gambar makanan. Makanan di atas pernah saya siarkan di facebook namun sayangnya tiada yang berjaya menjawab dengan tepat soalan-soalan yang dikemukakan. Makanan yang berharga RM48.90 ini adalah makanan buffet di Hotel Quality ,KL. Kandungan dalamnya ialah, nasi goreng cina, sambal sotong, kari ikan pari, sayur campur, dan grilled lamb with black paper sauce. Bagi yang kuat makan berbaloi makan dengan harga sebegini tetapi jika kita makan cuma sedikit, sangat-sangat mahal.


Makanan kesukaan saya....Jumaat itu, sebaik balik dari sekolah saya terus ke Asajaya untuk membeli makanan. Rezeki yang Allah bagi ialah laka@udang mantis ini yang saya beli dengan harga RM3 untuk 4 ekor laka@udang mantis. Saya rebus dengan serai sahaja. Yummy...sedapnya. Ikan popot goreng dan terubuk goreng saya singkirkan.


Makanan kesukaan mak saya, emping beras pulut. Kak Sri Diah yang memberinya kepada saya. Untuk memakannya kita kena gaulkan emping itu dengan gula nipah@apong dan kelapa parut. Juga boleh masukkan susu pekat manis.


Tada....ini hasilnya. Jika anda tak bergigi jangan memakannya. Saya sendiri terkial-kial juga memakannya. Hairan dengan mak saya yang selamba je makan emping ini.

Comments (4)

sedapnya udang tuu!! fav saya tu kak leez!

Ain : semua makanan laut sedap dimakan....jumpa pulak yang susah nak dapat cam ni.

teringin nak rasa makan emping tu kak....

Idasm...agaknya pasar malam atau pasar tani di Kl ada jual tak? Teringat zaman kecik dulu selalu makan emping ini, ia lebih lembut dan sedap sebab baru ditumbuk , fresh.Arwah bapak akak yang rajin buatkan untuk akak....miss him always.