Meraikan Hari Guru 2010

Posted by Leeza | Posted in


Pagi-pagi lagi kawan saya mengajak saya keluar ke Kuching kerana dia hendak mencari hadiah Hari Guru sekolahnya. Saya lantas mengajaknya meraikan Hari Guru di Spring, Kuching. Bungkusan merah yang tergantung di pokok-pokok ini pernah diajukan soalannya oleh Kak NB minggu lepas. Saya pun tak tahu, mungkin lampu mungkin sekadar penghiasan sahaja kerana saya tidak pernah pergi ke kawasan ini pada waktu malam.


Ini kawan saya, Cikgu Maryam ,guru Sains di SMK Asajaya.


Semasa memasuki Restoran Secret Recipe, saya disapa oleh gadis manis ini . Bila saya amati wajahnya, rupanya dia adalah bekas murid saya di ST ANDREW belasan tahun yang lalu. Saya mengenali ahli keluarganya dengan baik. Dia sekarang merupakan guru juga di Simunjan dan bersamanya ialah rakan sejawatnya.

Nuryusrina Haji Abdul Rahman ,anak kecil yang pernah saya latih sehingga memenangi pertandingan bercerita peringkat daerah Kuching. Dia juga mengikuti jejak saya sebagai guru Sains. Alhamdulilah kerana ada juga anak murid yang mewarisi kerjaya pendidikan ini.


Air yang dipesan Ice Lemon Tea dan Green Apple Kasturi.


Set makanan yang saya pesan, Grilled Chicken Mushroom sauce. Tak sedaplah....sedap lagi black pepper sauce.


Set makanan yang Maryam pesan iaitu Singapore Fried Rice Breakfast.


Yang ini best, TIRAMISU. Sedapnya.......yummy.

Comments (2)

selamat hari guru utk kak leez dan rakan2 sejawat!! semoga terus cemerlang, gemilang dan terbilang@!!

tiramisu kek! nyum2! anak buah nuar yang piah tu punya semangat nak beli hadiah untuk cikgu2 dia...pitam! kehkehkeh

selamat hari pendidik, kak LB :)