Kenduri Aqiqah Putri

Posted by Leeza | Posted in

Kenduri Aqiqah Putri diadakan pada 30 Mei 2010. Gotong-royong persiapan kenduri diadakan pada 29 Mei 2010. Abang saya , Sabri Bujang menjadi tukang masak utama dibantu oleh kakak saya Hamiah dan saya . Tugas saya ialah memasak nasi, 25 kg. Jam 4 pagi emak sudah membangunkan kami berdua....huhuhu.


Kumpulan yang memotong keladi untuk dibuat sayur keladi masak lemak.

Kumpulan yang menggoreng ayam@manok untuk dibuat ayam masak kicap.Biasanya tugas ini menjadi tugas rasmi saya setiap kenduri keluarga tetapi kali ini saya tak perlu menggorengnya.

Kumpulan yang memotong nanas untuk dibuat sambal.

Kumpulan yang memotong cili kering. Saya yang mengisarnya, sebesen besar cili kering yang saya kisar sehingga abang Rie berkata : wow ,banyaknya. Untuk apa banyak sangat, Su ? Selamba sahaja saya mengarahkannya masak pedas-pedas terutamanya kari kambing. Pada awal subuh ketika masakan sudah siap kecuali ayam masak kicap, saya menjadi orang pertama mencicip semua lauk ini. Apa lagi, dia masak kow-kow pedas. Saya akhirnya berpesan , ayam masak kicap jangan pedas sangat sebab ramai orang tua dan kanak-kanak nak makan. (Bagitahu sajalah yang LB sendiri tak tahan pedas...hahaha)

Bahagian paling penting, 2 ekor kambing. Satu milik Putri dan satu lagi milik mak cik sebelah abahnya. Seekor kambing berharga RM700.

Mereka melenyekkan getah batang pisang untuk membuang bau hanyir dan bulu kambing. Petua orang kampung. Betullah sebab ketika saya makan kari kambing langsung tiada bau hanyir dan rasanya sangat sedap.

Sebahagian tetamu perempuan yang hadir.

Sebahagian tetamu lelaki yang hadir.

Insan-insan yang diraikan. Mereka ini ditepung-tawarkan. Luqman juga digesa terlibat sama tetapi dia tidak mahu walaupun dipaksa. Alasannya , malu dengan kawan-kawan.

Kumpulan yang mencuci pinggan-mangkuk yang kotor. Bersedia menunggu tugas. Kasihan mereka berjemur sehingga akhirnya dibuat khemah untuk mereka berlindung.

Puding pelangi yang diberikan oleh kakak ipar saya .

Tembikai tanaman datuk Putri sendiri. Masih belum masak. Hari ini datuk Putri menuai hampir 200 biji tembikai. Sayang masa Kak NB ke kampung, tembikai belum masak.

Sayur keladi masak lemak...yummy.

Ikan Terubuk masin sedekah daripada abang Hamdan.

Sambal nanas , pembuka selera.

Manok masak kicap.

Kari kambing yang sedap.

Ramainya tetamu yang hadir menyebabkan sebahagiannya lari ke rumah saya sebab kepanasan. Emak saya risau makanan tidka mencukupi. Alhamdulilah sebab akhirnya makanan bukan sahaja mencukupi tetapi juga boleh menjadi 'rampang'@berkat untuk dibawa balik oleh tetamu.
Namun sebelum majlis bermula , saya dan keluarga dikejutkan dengan berita pulangnya arwah Ayah Chik, adik arwah bapa saya ke rahmatullah. Al Fatihah untuk beliau semoga rohnya berada dikalangan orang mukmin.

Comments (2)

Za puding pelangi tu nampak sedaplah za. Rugikan akak datang awal, kalau tak boleh pergi ladang petik buah tembikai..ha.ha

Sedapke kak ? Memang sedappun...za pun suka. Hahaha....akak terlewat seminggu lebih je. Tak apa lain kali akak datang masa musim tembikai dha masak.