RESIPI HATI oleh Iejay Zakaria

Posted by Leeza | Posted in


cinta itu seperti masakan yang ada macam-macam rasa

Begitulah gambaran ringkas tentang novel RESIPI HATI ini. Penulis muda Iejay Zakaria memperkenalkan trademarknya yang tersendiri dengan novel keduanya ini. Jika Lagu Cinta dipenuhi dengan lirik lagu-lagu cinta, novel ini pula dipenuhi dengan resipi-resipi yang selalu dimasak oleh heroin Andriana . Justeru itu, bonus pertama untuk semua peminat novel ialah memiliki buku 2 dalam 1 iaitu deretan resipi dan episod demi episod pergolakan cinta seorang wanita .

Sinopsis ringkasnya ialah , secepat itu cinta Andriana dan Erdyzuan sehingga ke jinjang pelamin menganyam bahagia alam rumahtangga. Namun kekuatan cinta Erdyzuan teramat rapuh bila diuji dengan khianat tipu daya si adik kesayangan Ermilza. Lima tahun berlalu pertemuan semula membuka luka di dada ternganga dan ada yang perlu diselesaikan antara keduanya. Mampukah Andriana melupakan dan memaafkan kesalahan si suami yang menghalaunya tanpa memberi ruang untuk penjelasan? Segalanya terjawab jika anda membaca RESIPI HATI sendiri.

Gaya penulisan Iejay santai. Jalan cerita mudah untuk difahami. Pengakhiran yang simple. Cuma struktur ayat masih boleh dielokkan lagi dengan menggunakan lebih banyak dialog . Malahan dialog ini menjimatkan penerangan dan mudah untuk memahami cerita dengan lebih berkesan. Saya tertipu dengan watak Kerol. Saya ingatkan kesalahan typing bila Khairul Batrisya binti Kamarul....rupanya si kerol itu adalah perempuan. Sama pemikiran dengan Erdyzuan. Patutlah sejak awal saya berusaha mencari sebab kenapa si Kerol tidak berusaha untuk memiliki hati Andriana. Berjaya juga novelis ini mengenakan saya ...hahaha. Alangkah bagusnya jika watak Ermilza dikembangkan lagi dan bukan dimatikan terus. Hanya apa yang terjadi kepada nasib Ermilza diceritakan secara ringkas sahaja. Pun begitu, saya juga tidak berpuas hati dengan kematian Myra dan Puan Melissa tanpa merasa sedikit kasih sayang Andriana....jelasnya saya suka andai keluarga ini bersatu semula dan kedua insan ini mati dengan kenangan yang manis : kebahagiaan biarpun secuil cuma.

Beberapa pengajaran yang novelis muda ini sampaikan :
1. Cinta berbagai rasa ,diduga bukan sekali namun bibir yang melafazkan cinta adakah seiring dengan hati dan semangat? Sejauh mana kekuatan iman diri bila diuji dengan dugaan cinta ini? Manusia perlu matang menanggani problema cinta jika mahu kebahagiaan menjadi hakiki.

2. Pergaulan bebas tidak sihat sama sekali. Biarpun menghadapi kepincangan dalam keluarga sendiri ,ia bukan menjadi tiket untuk menghalalkan setiap tindakan yang menjerumus ke lembah dosa dan noda.

3. Ketabahan harus ada untuk menjalani pancaroba kehidupan . Ia memberi kita nafas dan harapan untuk terus memperjuangkan hidup ini.

4. Jadilah pemaaf dan jangan terburu-buru dalam setiap tindakan.

Syabas kepada penulis atas kelahiran novel kedua ini. Semoga terus bersemangat dalam menghasilkan novel-novel terbaru....pasti ada peningkatan lain kali.....kerana practise make perfect. Untuk editor, masih ada kesalahan kecil dalam menaip dan juga struktur ayat.

Comments (1)

kak leez...kita suka baca gaya tulisan kak leez mengomen!! ada tokoh utk tulis novel!!