PBAKL 2010 : My First Day

Posted by Leeza | Posted in

Teruja banyak kali kerana akhirnya dapat merasa pengalaman di Pesta Buku Antarabangsa KL. Jika dulu , saya tak pernah ambil tahu dengan pesta buku ini namun sejak mengenali dunia buku secara serius , saya merasakan ia adalah suatu pesta yang best. Pada 19 Mac 2010,awal pagi lagi saya sudah bangun, jam 3 pagi. Saya mandi jam 5.30 pagi dan menunggu waktu subuh. Pakaian telah saya siapkan awal-awal malam tadi. Kak NB dan Bibik awal-awal lagi bersilat di dapur menyiapkan bekalan makanan untuk di bawa ke PBAKL. Ini antara menu sarapan pagi saya selain nasi dengan kari kerang iaitu tempe goreng dengan daun bawang. Sedap sangat, tak tahu saya bahawa tempe boleh dimasak sebegini. Selalunya ia dibuat sambal tempe goreng dengan kacang dan ikan bilis. Nanti nak cari tempe dan buat sebegini.Sementara menunggu masa untuk bertolak ke PBAKL, saya melayan Si Puteri ini berposing. Tengoklah gayanya....dia menggunakan t-shirt ekslusif JOM BACA : NB KARA sdn bhd.

Teta, gaya apa ni sayang ? Hahaha....dia tengah memikirkan gaya-gaya dengan tongkat bercahaya yang dibelinya semalam di tapak pesta belon udara panas.
Sebelum ke PWTC, saya dan Kak Jah singgah di SOGO dahulu untuk shopping beg troli. Kak NB dan yang lain terus ke PWTC. Saya dan Kak Jah berpecah untuk memudahkan kami membeli barangan masing-masing. Saya dapati banyak sale .....rambang mata saya melihat semua barangannya. Saya mencari beg troli terlebih dahulu dan saya jatuh hati dengan beg ini sebab diskaunnya 70% dan ia mempunyai extension yang boleh dibuka untuk menambah kuantitinya.Kemudian saya uruskan check in di Hotel Quality seawal jam 1230. Sementara menunggu waktu zohor saya mandi dulu....hehehe sejak tiba , saya asyik mandi sahaja.Selepas zohor kami berdua bertolak ke LRT yang berdekatan dengan hotel. Jenuh mengheret beg kosong naik LRT. Ada beberapa perkara yang melucukan sehingga saya dan kak Jah tak henti ketawa. Agaknya Kak Jah dah lama tak naik LRT.Terima kasih Kak Jah (kakak kepada NB). Bila tiba di PWTC kami hanya mengikut arus orang yang ramai , tidak susah mencari tempat PBAKL diadakan. Namun kami tak berani hendak teruskan perjalanan ke tempat NB Kara. Nasib baik ada Ojan yang tolong mengambil kami berdua dari pintu masuk. Kesian Ojan berpeluh-peluh dia bila sampai. Rupa-rupanya dia mencari kami berdua di pintu masuk yang lagi satu.

Inilah rupa pintu gerbang PBAKL menuju jalan masuk ke Dewan 2 di seberang sungai. Namun NB Kara sudah menyediakan banting di pintu masuk untuk menunjukkan kedudukan gerainya. Agak mudah menemui boothnya sebab Pak Seyit Kara telah letakkan banner di pintu masuk. Dia dan Ayub telah sedia terpacak di pintu masuk untuk menunjukkan gerai NB Kara.


Ini rupanya sungai yang perlu direntasi untuk ke Booth NB Kara. Di hujung sungai itu kelihatan seperti jeram berbatu. Sungai ini akan lebih cantik jika ia bersih dan pihak berwajib perlu mencantikkan sungai ini untuk tarikan pelancongan .Bukankah PWTC selalu dijadikan tempat rasmi?
Tak akan pernah jemu bergambar dengannya. Cuma saya lupa memeluknya erat semasa gambar diambil....bukannya tidak mahu. Cantik tak t-shirt yang dia pakai? Itulah t-shirt NB Kara khas untuk Pesta Buku ini. Di sebelah yang sedang sibuk itu ialah Iejay Zakaria. Saya perasan saya tak ada gambar bersamanya....uwaaaaaa.. diapun asyik sibuk sahaja.

Saya sempat merayau ke gerai Karangkraf dan saya berkesempatan menemui Anita Aruszi penulis novel Rembulan Berdarah. Badannya kecil dan cute. Dia bersama dengan Puan Ainon.

Saya akhirnya menemui penulis Doa Buat Suamiku iaitu Sri Diah. Masa saya sampai ke Dewan Tun Hussein Onn, dia tengah bersolat. Semasa dia sampai, dia sedang cuba menghubungi saya...dan saya terus menerpa memeluknya dari belakang.... brutal habis. Terkejut dia...nasib tak kena penampar sebiji. Kami 'dating' di cafe luar Dewan tersebut. Dia belanja makan dan saya memilih sandwiches tuna. Sayangnya novel terbarunya Cinta Yang Terpilih belum dikeluarkan lagi...kecewa sangat.

Saya mengajaknya ke Gerai NB Kara di seberang sungai. Dia mulanya keberatan tetapi saya pujuk juga, tak apalah kak, boleh diet bila berjalan jauh.

Dan inilah dia tiga orang penulis novel yang saya temui.....termasuk penulis Galau Di Hati Seri , Kusyi Hirdan . Galau di Hati Seri...isinya best...puas hati sangat. Sesiapa yang belum beli, dapatkannya cepat dengan harga diskaun 20%.

Jomlah beli novel ini....best sangat. Percayalah kepada selera saya. Jika LIZA BUJANG kata best...tentulah best. Eh...mana gambar novel terbaru NB ? Aduhai lupa pula saya mengambil gambarnya bersama dengan kakak NB . Di sini saya mencuba pengalaman menjadi promoter dan jurujual....siap orang tanya, siapa ni? Hahaha... menyibuk saya ini. Alhamdulilah , saya dapat menjawab segala pertanyaan peminat dan pengunjung NB Kara dengan baik....

Sebelah pagi Nik sudah sms bertanyakan kedudukan saya. Dia janji hendak buatkan saya karipap yang sedap. Memang sedappun rasanya. Pada sebelah petang dia membawa kesemua ahli keluarganya dan anak-anaknya sekali. Tiga puteri Nuruls. Si Iman yang berbaju kuning menyambut harijadinya hari itu....

Berapa buku yang saya shopping ? Hmm, saya membeli 23 buah buku (14 novel dan 9 non fiction). Novel Layang-layang bertali kaca sahaja sudah ada 4 buah. Saya mendapat juga layang-layang kecil hadiah novel tersebut namun saya tidak sanggup membawanya balik ke Sarawak, jadi saya pulangkan balik 4 layang-layang itu untuk diberi kepada peminat yang lain. Penuhkah beg itu ? belum lagi....masih ada sehari lagi untuk shopping di PBAKL. Beratnya beg tersebut tak payah nak cakap, nasib baik ada AYUB yang gentleman .....dialah yang tolong saya mengheret beg dan mengangkat beg tersebut balik ke hotel....opps, sampai luar hotel je tahu. Terima kasih Ayub.

Comments (0)