Ole-ole Dari Kuala Lumpur

Posted by Leeza | Posted in

Pelbagai ole-ole saya dapat dari KL ,baik dari segi barangan ,makanan atau rentetan pengalaman. Betullah pepatah Melayu menyatakan : Jauh perjalanan luas pandangan. Dua malam saya tidur di Hotel Quality yang lokasinya 10 minit dari SOGO. Hari pertama sebaik balik dari PWTC petangnya, saya terkejut dengan paip air pancuran mandi terbuka luas dan dinding bilik terkondensasi (berpeluh) Semua dinding bilik berpeluh....ngeri rasanya.(saya takut tidur di hotel seorang diri -fobia dengan peristiwa pembunuhan di hotel yang pernah diduduki di Kuching beberapa tahun yang lalu semasa berkursus.) Kemudian saya cuba menutup paip air tersebut tidak juga berjaya. Saya telefonlah pihak hotel meminta bantuan. Dua kali saya telefon manager on duty tetapi maintenance tak juga sampai-sampai. Saya teruslah berusaha sendiri, pusing sana sini dan akhirnya paip itu berjaya ditutup biarpun tidak keseluruhannya. Kemudian ketika melelapkan mata , saya yang sedia penat dan mengantuk tidak dapat tidur dengan lena kerana sarung bantal yang satu lagi kotor, ada kesan hitam dan darah....iskkkk darah apa ? Agaknya hem hem tak? Saya baling je bantal itu bawah katil . Bath tub pula kotor. Keesokannya semasa balik dari shopping, saya sempat terserempak dengan house keeping sedang buat kerja....saya suruh dia cuci bersih bath tub, tukar sarung bantal dan tuala yang baru. Makanan di hotel pula....tidak sedap. Pendekata semasa check out saya isi borang refleksi dan markah yang saya bagi semuanya 1 iaitu paling teruk. Kemudian saya tulis komen-komen di tepi borang itu hingga penuh setiap ruang yang kosong. Bila ditanya adakah saya akan menginap lagi di sana? Saya jawab tidak. Adakah anda akan memperkenalkan hotel kepada kawan-kawan anda ? Saya jawab tidak. Tidak berbaloi dengan harganya rm188 semalam.

Hadiah tudung selendang panjang daripada kak SRI DIAH dan penanda buku : So Sweet So Nice. Terimakasih kak Sri.

Jam tangan SOLVIL ,hadiah daripada Kak NB ....hadiah hari jadi saya. Terima kasih kak...sayang saya nak pakai hari-hari. Cantik sangat. Masa balik hari itu, saya guna jam lama saya, dan jam ini saya simpan dalam beg kerana saya takut ia tercalar akibat membawa beg-beg yang berat. Sekarang ini saya dapatkan plastik untuk menutup cover muka jam dari kedai jam. Sayang sangat.

DODOL.....oh DODOL. 11 bungkus kak NB bagi...dodol Pak Haji Melaka yang bahagia dengan keluarganya. Sedap dodol ini....kedekut saya nak beri pada orang lain. Hehehe.... 4 bungkus saya bagi pada 4 beradik saya , sebungkus saya bawa ke sekolah (siapa cepat dia dapat) dan sebungkus saya bagi kepada boss saya. 5 bungkus untuk saya sendiri....seketul sehari. Jangan hairan....sini tak ada dodol sebegini.

Ini pula Inang-inang. Kakak pesan goreng satu-satu sebab ia membesar bila digoreng. Ingatkan besar tapak tangan , rupanya besar sikit je ....bolehlah goreng 2 sekali. Rasanya seperti kuih bepang. Sedap, masin-masin. Luqman kata kalau manis baru sedap....hehehe budak gula.

Kuih ini kita panggil KUIH MANDA (disebut kuih mando....dulu masa kecil saya panggil kuih kancin baju @butang baju)Sama rasa ...dan akak saya beritahu namanya kuih denderam atau telinga batak. Yang ini kesukaan mak saya. Awal-awal dia simpan untuk dirinya sendiri...macam budak-budak.


Memula saya tengok kuih ini, saya cakap : cantiknya keropok ni. Nanti gorengkan ? Hahaha...Bibik dan kak NB menjerit , eh jangan . Makan terus. Rupa-rupanya biskut bawang. Kak NB pun tak tahu nama , Ustazah di sekolah saya beritahu itu ialah biskut bawang manis.
Ada satu lagi kakak bagi iaitu Keropok ikan @keropok lekor kering. Saya juga membeli berbagai jenis roti gardenia di SOGO. Penuh sebeg merah dan saya letakkan di dalam kargo....akibatnya bila sampai di rumah semua roti penyek dan flat kena timpa. Silap sendiri juga...hehehe.


Ini novel-novel yang saya beli pada hari pertama di PBAKL. Mak dan kakak saya merungut sebeg besar penuh dengan buku-buku. Kata mereka : Sikde apa usu beli, buku-buku saja...hehehe. Ada juga barangan lain yang saya beli seperti pakaian, kain , tudung dan beg-beg.Layang-layang bertali kaca saya beli 4 buah : diri sendiri, CT, Ain dan Madam T. anis Ayuni 2 buah : diri sendiri dan kak Jacque. (dia peminat Anis Ayuni tetapi sayangnya penulis ini tiada dijumpai semasa di PBAKL )


Jangan ingat saya baca novel sahaja. Saya juga beli bahan-bahan bacaan bukan fiksyen . Sebuah buku PTS : Buat duit dengan internet saya hadiahkan kepada Boss saya. Belajar saat akhir dan soal jawab masalah remaja saya belikan anak saudara saya Farah dan Farid.


Ini pula yang saya beli pada hari kedua di PBAKL. 4 naskhah komik yang saya beli adalah untuk anak saudara saya Danial. Dia pesan komik Batman...tetapi saya tak jumpapun di PBAKL. Tafsir Al Quran pula saya beli dengan harga rm 30, buku yang sama di Kuching harganya rm50. Jimat rm20.


Tahun ini saya bertekad untuk lulus PTK bulan Jun nanti dengan 4 flat untuk dua-dua kertas. bagi menambah bahan yang ada saya belikan 3 buah buku ini....insyaAllah akan dihabiskan dan ditelaah tak lama lagi.


Pergi Kl sombong nak bawa beg kepit warna coklat....seharian pakai ke hulu dan ke hilir saya rasa sakit bahu pula. Maka dengan sukacitanya saya membeli beg selempang ini dengan diskaun 70%, harganya selepas diskaun rm50.90. Amat menyelesakan.


Jeng-jeng ...masa balik dengan Air Asia flight jam 12.55 a.m. Tengah malam itu saya sudah 2-3 kali bangun mengemas sebab saya nak bahagikan beg dengan barangan yang hendak dibawa. Akhirnya saya membeli beg galas ini dengan harga diskaun 70% iaitu Rm80.90. Di dalamnya saya isikan dengan tafsir Al Quran, beberapa buah buku, sebotol air mineral dan 4 bungkus dodol. Dodol selebihnya dan buku-buku yang lain saya padatkan dalam sebuah beg troli untuk di bawa masuk kabin. Beg biru berisi pakaian-pakaian dan beg merah berisi roti saya masukkan ke dalam kargo...beratnya 12 kg. Beg troli saya tak timbang..takut nak tengok berapa beratnya. Beberapa kali pegawai bertugas mengingatkan bahawa beg kabin tak boleh melebihi 7 kg. Saya angguk sahaja.


Namun...keberanian saya kian surut semakin mengecil bila menunggu masa untuk boarding bila melihat pintu masuk ini. Ia dikawal ketat. Sebelahnya ada ukuran saiz beg dan sebelah lagi ada timbang beg. Ia guna neraca timbang kedai ....mak aiii...saya perhati seorang demi seorang penumpang yang masuk. Mereka tidakpun memeriksa dengan ketatpun. Macam penjenayah sahaja lagaknya...aduhai. Saya tak takut bayar denda lebihan berat tetapi takut ditahan daripada memasuki kapalterbang....esok kan nak kerja. Akhirnya dengan lafaz Bismillah dan berdoa dalam hati banyak-banyak, saya terus melangkah dengan penuh yakin. Beg sandang saya sandang di belakang, beg plastik sogo saya bimbit sebelah dan beg troli saya heret dengan santai...buat-buat kelihatan ringan. Ketika ditahan mereka hanya memeriksa pas masuk...dan bila sudah melepasi, saya rasa sangat lega.....nasib tidak berpeluh-peluh. Ternyata saya tidak boleh jadi jahat ......dan orang yang takut-takut buat jahat macam ini selalunya mudah ketahuan. Teringat masa di darjah satu lalu, gara-gara cikgu garang bermisai melenting, saya tidak boleh siapkan latihan dan saya melarikan diri dengan terjun keluar melalui tingkap kelas. Hahaha....sekarang saya yang garang menyebabkan anak-anak lari ke tandas bersembunyi semasa kelas Sains.

Sekarang badan saya masih terasa sengal kerana semput membawa beg yang berat....Air Asia, naik turun dengan tangga. Entah berapa kilokah beg troli tersebut ? Sedangkan novel NB, Layang-layang Bertali Kaca sudah seberat 2 kilo inikan pula 4 novel....hari itu hendak timbang di rumahnya tak jumpa senaskahpun. Apa yang Mersik katakan : tak mengapa berat barang di bawa, asal beratnya pengalaman manis di PBAKL dibawa pulang untuk kenangan sepanjang hayat.

Terima kasih untuk semua warga KL yang baik hati....terima kasih sejuta kali. Terima kasih akak atas semua yang akak beri, masakkan saya makanan-makanan yang sedap, dan Pak Seyit yang sentiasa baik hati dan penyokong kuat isterinya. Terima kasih Kak Sri atas kesudian dating dengan saya selama 2 hari dan hadiah terbaru yang akan akak pos kan pada saya....

Comments (3)

uih, jenuh bawak banyak barang sorang2 tu kak...kiri kanan kendong beg...superwoman betul :-D

kak LB, banyaknya barang2 dr kl bawak balik ke sarawak. mmg berbaloi dan puashati ni. tp tak leh nak byg mcmn berat akak bawa. dhlah naik AA yg byk kena jalan tu..

kak, lain kali kalau dpt sarung bantal kotor, dial terus no housekeeping minta diorang tukarkan on the spot. diorang kerja 24jam kak. mmg hak kita pun.

Anuar dan Idasm : Nasiblah akak ni biasa kerja kampung..biasa bawa barang-barang berat. Kawan akak yang pergi juga tapi berasingan , dia kena bayar overweight pergi rm150 dan semalam masa dia balik Kuching , dia kena caj rm240. Hehehe nasib akak ada sifu kembara iaitu Umi Si Teta.Dia yang ajar akak....hahaha.