Panasnya Bahang KL

Posted by Leeza | Posted in

Saya dah kembali dari percutian KL. Saya akan updatekan kisah seribu rasa yang saya cicip semasa di Kl selama 3 hari . 18 Mac 2010, saya berangkat dengan debaran yang kuat, hati yang gembira kerana akhirnya saya dapat bercuti ke KL. Pagi itu sempat saya pergi ke sekolah untuk mengambil selotep besar buat membungkus kotak ke Kl. Kemudian menunggu anak dara yang saya tugaskan membawa kereta saya balik bersolek sakan...entah-entah baru bangun tidur sedangkan saya dah pesan awal-awal, jam 10 pagi mesti dah standby. Tapi mahu sejam juga saya menunggu...kemudian saya ajak singgah kedai beli sikat rambut yang terlupa. Sampai Kl baru sedar lipstik pula tertinggal...Akhirnya jam 11.15 pagi masih sibuk check in, dan semasa kak NB call tak kuasa nak angkat sebab sibuk di kaunter....dan bila dia tahu, membebellah dia dalam sms.

Sepanjang penerbangan, kebetulan saya duduk dengan seorang guru KAFA yang baru hendak merasa naik belon....banyak punya soalan yang boleh buat kita terjun belon jika tak sabar. Saya buat-buat pejam mata dan tidur sebab kepala saya dah pening nak jawab soalan brutalnya .Contoh soalan : Kak, orang tu siapa? penumpang jugakah? Kalau dah berada dalam belon yang terbang tinggi takkan bukan penumpang pula? Saya jawab : bukan , orang yang sahaja nak tengok. Semasa keluar dari belon, bahang Kuala Lumpur sudah menyerbu...isk..panasnya. Jam 2.30 kak NB datang ambil dengan Qaisara yang tidur di tempat duduk belakang. Pergi tidur, balikpun tidur. Uminya cerita dia sejak jam 10 pagi sudah bersiap awal hendak ke airport mengambil Teacher Liza Bujang....mak aiii...nama penuh lagi. Dia agak malu-malu , agaknya masih mamai. Dan kedatangan saya disambut dengan masakan kak NB , makanan kegemaran saya , kari kerang dan sotong masak kunyit....juga pertama kali makan lasagna . Kari kerangnya sedap sungguh...saya makan hingga kenyang. Lasagna saya makan sedikit sebab dah kenyang...sampai kak NB tegur asal tak makan....saya kata saya akan makan lagi lepas mandi dan solat. Saya makan lagi lasagna tersebut ...ini baru muka tak malu. Kari kerang yang sedap sangat....belum pernah jumpa kari kerang sesedap ini. Kalau kak NB tak jadi penulis ,baik suruh dia jadi chef atau buka restoran. (Ini mesti peminat mahu menangis guling-guling kalau baca ayat ini....tanpa novel NB tentu sunyi dunia buku kan ?)

Sotong masak kunyit...pun sedap sangat.Dia masak tak pedas sangat....khas untuk saya yang tak tahan pedas.

Lasagna ....sedap. Menyesal tak minta untuk dibawa balik ke hotel keesokannya.

Malamnya kami pergi ke Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya. Kami asyik tersesat sahaja mencari lokasi pesta. Kami berhenti di tepi jalan sekejap sebab saya hendak mengambil gambar di jambatan besi. Bersama Qaisara....sejak petang dia asyik berkepit dengan saya di bilik dan bersembang . Bila saya mengajar dia 'body parts" dalam buku stickernya, dia menjawab : teacher saya tak ajar ini...uwaahaa..Tapi dia cepat faham dan daya ingatannya jenis A+++.

Gaya Hakim melayan si Teta melihat belon panas.

Berjam-jam pekerja berusaha untuk memanaskan belon udara panas ini. Nak suruh belon kembang kemudian naik pula....susahlah mulanya lebih kurang jam 8.30 malam....orang sudah ramai menunggu .Hanya tiga sahaja belon yang ada dan rasanya ia hanya sekadar tontonan umum sahaja.

Bergambar dengan kakak kesayangan saya, idola saya, novelis no 1 saya .....dan kesayangan semua peminat novel NB.Tengok kak NB murah senyum, saya pula yang masam muka...hehehe.

Bila balik, kami singgah di gerai-gerai yang ada . Kami berhenti di gerai menjual button kasut croc. Mula-mula saya tengok benda ini saya ingatkan magnet fridge....bila tanya, si penjual tu cakap 6 Rm 10. Rupa-rupanya ia aksesori untuk kasut croc ini.

Contoh kasut yang dihiaskan dengan button .


Saya membeli sepasang untuk cucu kesayangan saya , Putri. Teta juga beli kasut ini dengan warna yang sama. Hakim pula sudah lama memiliki kasut croc.

Semasa balik kami sekeluarga ( kira keluargalah) singgah di gerai makan dekat Taman Rahmat yang tidak jauh dari sekolah Hakim. Saya memesan kuie Tiaow goreng basah...dan pedasnya ,fullamak . Berpeluh-peluh saya makan sehingga Ojan dan Hakim pun senyum...

Ini pula milik puteri kesayangan NB dan Seyit Kara....malam itu saya tidur di bilik Teta. Kali ini saya tidak risau akan merobohkan katil lagi....empuknya tilam membuat saya tidak dapat lena. Katilnya amat kuat, sehingga bila turun dan terpijak empuknya tilam , ibu jari kaki saya tersepit di celah hujung katil....mahunya tidak sakit.

Terimakasih kepada NB kerana layanan yang amat baik, hotel terbaik bagi saya....masakan yang paling sedap. P.s : Pagi tadi semasa di airport, Kak NB boleh call bagitahu satu jenis menu dia lupa masakkan untuk saya : burung puyuh goreng....hahaha.

Comments (4)

WAH!
percutian yg best ye..
tringin plak nk mkn masakan Kak NB lg..
mmg sedap2 mknn yg die masak..
tringat Spegeti Meatball die masa open house die thn lepas..
YUMMY!

wah kah2 tak boleh lupa pasal button kasut crocs tu..ada ke nak letak kat fridge! Ha.ha

bestnyer percutian akak. terima kasih byk2 kak sebab bg hadiah kat ida. tak sangka dpt hadiah dr akak. cantik! ida suka! tp sayang, akak tak sempat rasa cheese naan ida. akak jual mahal tak sudi berkunjung ke restoran... takpelah...
take care yea....

seronok jumpa kak liza live...nanti lepas ni kita berfacebooking je lah yer kak :-D