Pos saya kali ini tidak mempunyai gambar sebab semalam saya malas sungguh hendak klik-klik. Sebenarnya , petang jumaat 8 April , saya sudah berhasrat hendak ke Kuching seorang diri. Namun hasrat ini tertunggak apabila melihat kesihatan mak saya tidak mengizinkan. Beliau kelihatan lemah sekali. Hasrat ini kemudiannya saya tunaikan pada sabtu. Pada mulanya saya hendak ke Kuching seorang sebab kawan saya , Noria tidak berminat. Namun, saya bimbang pula kalau memandu seorang diri kerana pada malamnya saya langsung tidak dapat tidur . Saya akan mudah mengantuk kalau memandu seorang diri. Saya telefon juga Noria, alhamdulilah dia setuju mengikut kerana salah satu tujuan kami ialah menguruskan tiket kapalterbang kami.
Maka tepat jam 9 pagi kami bertolak. Kami menggunakan feri yang perkhidmatannya berakhir jam 11 pagi. Kami singgah ke Bank Islam di Samarahan terlebih dahulu sebab mendeposit simpanan jiran Nor. Rupa-rupanya jirannya ini menyimpan wang tanpa pengetahuan suaminya...atas alasan untuk masa susah. Bertuah suaminya dapat isteri yang pandai berjimat cermat.
Kemudian kami bertolak ke Batu 7 a.k.a Kota Sentosa untuk breakfast plus lunch di Serapi Corner. Ramai orang Semenanjung makan di situ sebelum bertolak ke Airport. Kami berdua makan nasi campur serta teh tarik, semuanya lebih kurang RM16. Selesai makan , kami terus ke Airport kerana mengejar masa. Saya hendak ke bank sebelum tutup jam 12.30pm. Saya membeli tiket Firefly bertolak ke KL tanpa bayaran bagasi. Kami berdua hendak membeli bagasi 20kg RM30. Noria pula 15kg RM25. Mahal sungguhkan. Menyesal saya tak membeli secara online semasa membuat tempahan dulu. Firefly jika ditimbal balik, lebih mahal daripada Airasia. Jika terlebih muatan, 1 kg dikenakan RM30 berbanding Airasia ,RM15 untuk 1 kg.Sebelum meninggalkan airport , sudah tentu Mc Donald menjadi tujuan. Apple Pie mesti disambar. Saya membeli 5 keping dan Nor pula tidak mahu ketinggalan merasa Apple Pie buat pertama kalinya, 4 keping. Sudah tentulah ia akan sejuk dan kecut disimpan dalam kereta. Saya panaskannya dalam oven....sudahlah harganya mahal RM17.50 untuk 5 keping, rasa intinya pula masam dan tak sedap sangat.jauh beza dengan apple pie yang saya beli dari LCCT dulu. Namun syukur alhamdulilah sebab dapat makan. Ia tetap dihabiskan kerana saya membeli cukup-cukup seorang dapat sekeping, mak, Buntit, Luqman, Azizi dan saya sendiri.
Kemudian saya terus ke Satok untuk berjumpa dengan seorang kawan. Kebetulan bank yang saya hendak pergi itu telah tutup. Maka saya menelefon kawan yang bekerja di bank tersebut untuk menguruskan dokumen saya. Jadi kami melihat-lihat kedai yang berhampiran Wisma Satok. Banyak kasut dan pakaian yang menarik tetapi harganya agak mahal. Seterusnya hala tuju kami ialah RTM kerana ia mengadakan hari mesra rakyat. Pilihanraya ini menyebabkan semua cawangan BN mengadakan hari mesra rakyat. Semasa ke sana hari sangat panas. Tiada apa-apa yang menarikpun. Saya hanya membeli sambal ikan taai, sedap rasanya. Dalam perjalanan pulang, kami menyaksikan perang poster kiri kanan jalan. Apa yang pasti, BN mendahului sebab lebih banyak poster BN daripada pembangkang.
The Spring,Kuching tidak kami lupakan pada setiap perjalanan kami. Nor membeli ink printer sekolah yang sentiasa kehabisan sementara menunggu barang pesanan sampai. Di sanapun ada majlis mesra rakyat. Hari perlancongan Malaysia. Ramai agen-agen perlancongan dan hotel dari Semenanjung datang mengadakan gerai-gerai. Namun kelihatannya brosur-brosur pula tidak luak sedikitpun. Saya ada mengambil beberapa brosur Melaka dan Trengganu tetapi bila balik, ia tertinggal dalam troli supermarket Ta Kiong. Satu yang saya tidak suka dengan Spring ialah perkhidmatan tandasnya, tidka sesuai untuk orang-orang Islam. Hati-hati jangan terberak dalam Spring sebab tandasnya tiada paip air. Jadi semua orang buang air kecil dan besar, guna tisu dan lap sahaja...cehhhh kotor sungguh.Kalau nak buang air kecil, sediakan botol mineral. Ada satu tandas yang terlekat stiker ada nozle , tetapi ia sudha dicabut. Kesimpulannya, pekerja itu malas sungguh hendak mencuci.
Perjalanan diakhiri dengan UNACO menjadi kedai terakhir untuk shopping barangan dapur. Kedai inipun tidak seronok sebab banyak menjual barangan dari China dan Taiwan. Jam sudah menunjukkan 5.30 petang. Mesti balik juga....saya memilih menggunakan feri. Dalam feri itu saya ternampak poster di seberang sungai tertulis....Selamat Datang kewasan .....yang TIDAK dibangunkan oleh BN. Aikkkk...biar betul, berani sungguh....Bila feri berlabuh dipinggiran jeti seberang , saya toleh ke arah papan tanda tersebut. Hahahaha... oh tidakkk, baru seminggu cermin mata ini saya tukar kantanya. Rupa-rupanya ia tertulis : Selamat datang kewasan(ini tetap salah ejaannya)....yang TELAH dibangunkan oleh BN. Saya gelak dalam hati...cehhh. Dan bila sampai di kampung , saya terkejut melihat rumah jiran saya terang benderang dan ramai orang bersongkok. Semasa sampai jam baru 7.30 malam tetapi sudah gelap gelita. Saya terserempak dengan sekumpulan jemaah surau sedang berjalan ke rumah tersebut. Berdebar juga rasa hati...ada orang matikah ? Bila diselidik , rupanya jiran saya sedang mengadakan tahlil arwah adik dan ayahnya.
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment