Nikmatnya Makanan

Posted by Leeza | Posted in

Nikmatnya makanan yang pernah saya nikmati ini. Syukur alhamdulilah kerana Allah berikan saya kesempatan menikmati makanan seperti ini. Saya letak sahaja gambar makanan hari ini kerana saya lapar..
Kuei Tiaw goreng RM3.50 Lokasi : Gerai food court di Stutong

Kuie Tiaw Kantonise . Lokasi :Gerai Stutong RM3.50

Botok Udang Lokasi : Asajaya RM1.50

Kebab Ayam .Lokasi: Asajaya . RM2.50

Begedil Kentang  dari Kajang. Thanks to Kak NB 
Bila tengok makanan, tentu rasa gembira. Tapi kita jangan lupa , ada insan yang tidak bernasib baik...yang makan serba kekurangan untuk meneruskan kehidupan. Bila saya ada rezeki, saya makan sahaja apa yang saya inginkan. Saya paling benci membazir makanan. Jika berlebihan biasanya saya sedekahkan kiri-kanan.

Minggu lepas seorang ibu murid memberikan seplastik ketupat. Jika dilihat bentuk ketupat , ia seperti ketupat lepas, yakni ketupat untuk sedekah dan tolak bala. Saya tak tahu maksud dia berikan saya ketupat itu. Masa itu murid-murid tengah mengerumun saya sebaik saya keluar daripada kereta. Wajah mereka mengharap ketupat tersebut. Saya berikan seketul untuk kongsi dua orang. Alhamdulilah semua dapat merasanya. Bila saya ke Bilik Guru, ramai bertanya , mana ketupat tersebut. Rupa-rupanya mereka telah tahu lebih awal. Saya mohon maaf kerana ketupat tersebut telah saya sedekahkan kepada semua murid kelas Tahun 3. Saya sendiri tak merasa dan saya redha sebab bagi saya, inilah rezeki anak-anak.

Bila saya menjaga ibu saya yang sakit, saya sering mengutamakan makanan beliau daripada saya sendiri. Baru saya merasa bagaimana dulu semasa kita kecil ,mesti emak kita berkorban lebih daripada itu. Mesti emak pernah berlapar demi membeli makanan untuk anak-anaknya. Bilangan anak emak 8 orang, 5 lelaki dan 3 perempuan. Tambahan pula masa kecil saya suka makan ikan sardin. Tentulah mahal baginya waktu itu.Bersyukur sangat kerana saya mampu memberikan emak makanan yang disukainya. Semoga Allah merahmati hidup kita semua, dan jauhkan kita daripada bala bencana.Amiiiin.

Comments (0)