Posted by
Leeza
|
Posted in
Santai
Sudah lama kiranya saya tidak menulis dalam blog kesayangan saya ini kerana kekangan kesibukan harian. 29April hingga 2 Mei 2011 saya telah bercuti ke KL untuk menghadiri Pesta Buku KL 2011. Selain daripada itu adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan shopping sakan untuk hari raya aidilfitri 2011.Banyak peristiwa dan pengalaman yang saya kutip semasa PBAKL 2011 kali ini. Kedatangan saya bukan keseorangan tetapi ditemani oleh 3 orang rakan iaitu Noria ,Asmah dan Norhayati Osman dari Brunei. Percutian ini sudah lama dirancang sejak tahun lepas lagi. Biarpun kami tidak sama penerbangan namun diizinkan Allah , kami bertemu juga di KL. Alhamdulilah.
Akibat terlalu teruja dan kesibukan tugas , sebelum itu sekolah saya mengadakan sukan tahunan pada 28 April 2011, saya terlupa membawa kad pengenalan .Semasa di kaunter check in ,saya sudah memberitahu Noria untuk dia bertolak terlebih dahulu dan saya bertolak kemudian. Namun seperti saya kata ,perjalanan ini dipermudahkan Allah,atas bantuan pihak imigresen saya dapat berlepas menggunakan lesen memandu. Tak henti saya mengucapkan syukur di dalam kapalterbang...namun ada sedikit emosi yang tercalar. Hati saya dipagut rasa risau....memandangkan emak saya pula baru terjatuh. Semoga dia sihat dalam penjagaan kakak saya. Itukan anaknya juga.
|
Dua sahabat saya dari Geng Pizza : Khamisah dan Kusyi Hirdan | |
|
Saya tahu saya akan menemui sahabat-sahabat saya , maka saya bawalah sedikit ole-ole dari Sarawak untuk mereka. Telatah si Kusyi dan Kham ini menggelikan hati sebab bila mereka bertemu mengalahkan budak-budak kecil.
|
Novelis kesayangan ramai : Norhayati Berahim. |
Saya takkan pernah berhenti menyayangi dan merinduinya. Saya bersyukur kerana mengenali dan menjadi sahabatnya . Semoga beliau sentiasa sihat walafiat dan terus menulis.
|
Hehehe..ini seorang lagi budak kecil dengan peacenya. |
|
Noria Rosli, kawan saya. Akhirnya hajatnya tercapai untuk menemui kak NB dan Kusyi Hirdan. |
|
Norhayati Osman dari Brunei.Budak kecil dengan peacenyapun senyum sokmo.Kali ini dia tak buat pos pejam mata. |
|
Dengan kanak-kanak riang. Promoter terbaru NB Kara PBAKL 2011. Cantik tak t-shirt yangdipakainya? JIka anda nak, anda boleh menempah secara online ke NB Kara. |
|
Hari pertama ini saya cuma sempat membeli novel-novel NB Kara sahaja kerana saya masih keletihan yang amat sangat. Sebaik balik dari PWTC, kami makan di KOPITIAM STATION di Semua House. Saya sukakan air teh apple cinnamonnya. Sedap....tapi tengahmalam kami semua terasa kebuluran. Kak NB ada mengajak kami ke rumahnya makan durian tetapi kerana seorang lagi rakan kami Asmah belum sampai kami membatalkan sahaja hasrat kami kerana tidak mahu menyusahkan Kak NB suami isteri. Mereka kan letih sangat.
Comments (0)
Post a Comment