Susah hati dan diet

Posted by Leeza | Posted in

Ramai orang punya pelbagai cara untuk mendietkan badan agar sentiasa 'slim', sihat dan ceria. Aku tak pernah mengamalkan diet tetapi makanan-makanan yang alergic aku dah pantang. Meskipun ia makanan kesukaanku. Namun jika aku stress dan susah hati, selera makan aku bertambah-tambah.
Aku sebenarnya susah hati. Di manakah hala tujuku esok hari ? Adakah aku akan menyambung pelajaranku atau aku kena tunda lagi hasrat aku ini ? Aku dah surf tentang kursus yang aku minati tetapi sayangnya kursus ini hanya ditawarkan di pusat induk UPM.Mahu tak mahu, aku terpaksa tunggu lagi atau aku terus menghantar permohonan minggu depan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan ?
Bukan pasal kerja yang memeningkan kepala namun impian ini. Adakah aku harus teruskan atau mengalah sahaja?Pemergian aku ke KL seakan menjadi tidak perlu bila memikirkan perkara ini.Semakin dekat tarikhnya , aku menjadi semakin tawar hati.

Apapun....semoga aku kuat semangat untuk meneruskan cita-citaku ini. Dan KL, tetap aku tuju untuk menemui kakakku NB dan gengnya. Hehehe..kak zara, nanti za bawa sate kajang ular ye.

Comments (4)

Apa ni Za, macam putus asa saja bunyi nya. Hantar saja permohonan tu dulu. Jangan fikir banyak-banyak nanti bertambah stress.

Sate ular? Boleh makan ke? Kalau boleh bisa diatur... kah3x

salam za....
jangan putus asa...setiap pengorbanan kita pasti ada ganjarannya..InsyaAllah.

sate ular???za..kak zara...cam takoooott je dengoorrr...hehehe

Eibujune,
Akak geli ngan ular. Masa buat post tu rasa ular tu macam membelit leher akak. Hishhh... terasa geli tengkuk ni...

Za... kamu ada mimpi ular tak?

Kak zara...pernah. tapi za lari tengok ular tu dok menggatal. malahan selalu.....ular putih vs ular hitam. n ular masuk rumahpun selalu....