Showing posts with label My Novel Collection. Show all posts
Showing posts with label My Novel Collection. Show all posts

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2012

0

Posted by Leeza | Posted in

KLIBF 2012 muncul lagi. Pada mulanya saya tidak berhasrat hendak menghadirinya tetapi mengenangkan keseronokan berada di sana, saya akhirnya mengambil keputusan untuk ke sana. Ya saya akan ke sana hujung minggu ini dengan beberapa misi. Pertama untuk mencari buku-buku agama yang sukar didapati di Sarawak. Kedua untuk mendapat bantuan derma buku-buku untuk perpustakaan sekolah yang telah saya pohon daripada beberapa penerbit. Ketiga untuk berkumpul bersama semua pembaca buku dan penulis yang diminati. Keempat untuk bertemu rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama. Dan yang paling utama ialah memberi sokongan kepada kak Norhayati Berahim . Semoga pesta buku ini menjanjikan kesuksesan dan kepuasan kepada diri saya. Ia juga sebagai satu penghargaan kepada diri sendiri...alhamdulilah. Moga segalanya dipermudahkan..amin. Jom kawan-kawan..kita berjumpa di sana....:)

2nd Time Book Exhibithion At Crown Square, Kuching

0

Posted by Leeza | Posted in

Pameran buku terpakai ini diadakan di Crown Square mulai 22 Julai 2011 hingga 8 Ogos 2011. Kesemua buku yang dijual adalah daripada USA . Penganjur membeli buku-buku terpakai ini secara borong. Banyak buku-buku yang dijual masih dalam keadaan bersih. Mereka menggunakan 2 buah ruang legar di Tingkat 2. Sahabat saya , Ariza Ghazalee merupakan pembaca buku yang tegar dan dia meminati karya-karya Danielle Steel. Atas maklumat yang diberikannya saya mengunjungi pameran ini bersama anak saudara saya dan cucu saya Asmara.  Saya tentu sahaja membelanjakan Asmara buku-buku tersebut termasuk Putri. Rambang mata saya apabila  melihat buku-buku yang banyak. Kawan saya memesan 10 buah buku tetapi saya belikannya 12 buku kerana harga cuma RM7.90 sebuah.Saya pula membeli 15 buah buku ....hehehehe. Entah bila habisnya nanti. Yang seronoknya, ada seorang pemuda cina yang juga shopping buku telah membantu saya mencari buku-buku Danielle Steel. Saya juga mendapat kupon percuma sebanyak RM25 dan saya menukarkan kupon ini dengan sebuah kalkulator Casio.

Review Novel

1

Posted by Leeza | Posted in

Bila berbicara tentang novel , ia membangkitkan semangat yang hilang dalam diri ini. Dunia yang telah saya terokai bertahun lamanya dan menjadi serius beberapa tahun ini....untuk mengatasi segala duka yang tersimpan jauh dalam diri.

Seperti mana saya berbicara tentang telenovela , cerita korea, atau filem-filem yang ditayangkan di pasaran begitu juga ghairahnya saya terhadap novel yang saya baca. Saya pernah melakukan kesilapan yang melukakan hati insan-insan lain terutama penulisnya sendiri, saya mohon maaf atas kelancangan ini. Saya lupa hakikat bahawa masyarakat Malaysia tidak semua bersikap terbuka .

Namun blog ini yang saya bina asasnya ialah kecintaan saya terhadap novel . Jika tiada novel yang saya bicarakan, maka pincanglah blog ini. Saya percaya pembaca novel faham bagaimana rasanya menyintai dunia novel. Kita sanggup kurangkan tidur kerana novel yang kita baca. Hari ini saya tidak berapa sihat, demam. Dalam rihat inilah saya tanpa henti memikirkan novel yang saya baca.

Seterusnya saya nak teruskan minat saya. Saya hendak berbicara tentang novel yang saya baca. Saya hendak bebas bercerita tentang kisah dalam novel ini. Saya akan mulakan kembali review novel . Tunggu sentuhan saya seterusnya .....akan berusaha menjadi lebih lembut dan bertimbang rasa....saya akan mulakan dengan Bikash Nur Idris....penulis yang saya suka dan sentiasa tunggu karyanya.