Santai

Posted by Leeza | Posted in


Saya tak mahu macam ini.....manusia yang sentiasa sibuk hingga ke tandaspun dengan laptop.Atau orang yang gila chatting. Jalanilah hidup dengan cara sihat. Bersantailah jika punya masa cuti. Detik-detik bersama keluarga amat bererti kerana apabila masa berubah kita tak punya kesempatan untuk mengubahnya semula.

Hari Ahad sememangnya setiap insan nak habiskan bersama keluarga,bersantai dan berehat agar esok dimulakan dengan tenaga yang berganda.Bagaimana saya bersantai hari ini ?Saya bercadang nak membaca stok buku yang belum saya belek lagi.Namun buku-buku dalam gambar di atas masih tersusun kemas tanpa disentuh.Buku yang panjang tu panduan tahfiz alQuran, hadiah kawan saya . Dia komplen asyik baca novel aje.Siri Tahfiz ni ada 8 jilid semuanya dan saya belum menghabiskan jilid satu lagi.Dua novel di atas milik kawan saya yang kaki novel juga Dia dah berkias-kias pasal novelnya yang belum habis dibaca sedangkan dia sudah menghabiskan semua stok saya kecuali stok buku-buku di atas.Bagaimanalah saya nak baca novel ini jika saya masih banyak kerja lain yang harus saya utamakan dulu.
Ini pula novel-novel koleksi NB yang saya kumpulkan. Ada 5 novel yang kawan baik saya tengah pinjam.Bagaimana nak tipu jika mereka tahu saya peminat NB ?Saya masih mengumpul novel2 NB yang lain biarpun saya sudah membaca kesemua koleksi beliau.Dan sasaran saya ialah READ MALAYSIA....misi mencari novel2 yang tiada di Sarawak.

Hari ini saya cukup malas mencuci kereta. Saya mahu mencuba perkhidmatan mencuci kereta di kedai Asajaya.RM7. Sementara menunggu, saya membawa LUQMAN ke kedai gunting. Tentulah yang mengikut saya ialah si PUTRI dengan mama dan neneknya. Saya biasanya membeli barangan dapur dan stok makanan seminggu. Dan pastinya ada MAGGI : makanan waktu susah. Hotdog dan beef burger perlu ada untuk anak-anak saudara yang memilih makan.Biasanya yang makan sayur ialah saya dan mak saja. Telur dan telur masin juga perlu ada. Lauk kesukaan saya : Telur dadar 2 in 1. ( telur ayam campur telur itik masin, gaul dengan lada sulah dan perasa) lepas tu goreng.Simple tapi sedap.Sejak saya kena gastrik , saya elakkan makan pedas, maggi dan minum air yang bergas.Ikan segar pula tak ada ,maybe kerana semalam hujan ribut melanda. Jadi saya lebihkan sayur-sayuran . Lagipun penjual ikan pasti akan ada untuk menjaja ikan dan mereka pasti berhenti di depan rumah saya.

Pekerjaan utama orang kampung saya ialah pertanian , sayuran dan pisang.Sekarang musim orang menanam jagung, sayuran seperti labu, kacang panjang dan tembikai.Walaupun sekepas banjir sebanyak 2 kali awal tahun ini dan tanah yang tidak subur , namun ia tidak mematahkan semangat mereka.









Comments (3)

ishk... kat mana lah akak cilok pic pertama tu.. lawaklah... setakat ni, ida tak pernah lagi mcm tu... hehe...

Salam ida, hehehe .cilok dari web xbf akak la. hahaha...dia izinkan pulak tu. hahaha.Tapi ,kalau dah minat memang macam tu sampai nature's call pun buat keje.

Akak nak try lah telor ayam + telor masin tu. Tentu sedap. Tak pernah coba lagi.

So, happy bercuti next coming week.