Sketsa Hari Ini

Posted by Leeza | Posted in


Sambutan Hari Guru 2009 peringkat sekolah SK JEMUKAN. Bacaan ikrar dipimpin oleh Cikgu Aziz, PK HEM.Inilah pakaian seragam SK JEMUKAN tahun ini...dark purple.

Wajah-wajah anak-anak murid saya. Yang tutup muka tu si KONCES.Yang tengah tu Mohd Solehin,dia ni pandai melukis.Mulutpun bising.

Bila saya cakap saya nak muatkan dalam blog di internet, berebut pula mereka show off wajah. Ini murid-murid tahun 5. Si Irwan Aidy yang sebelah kiri...

Ini pula murid tahun 1.Yang garu pipi tu namanya Azwan, nakal...dan yang purple tu pula si Mohd Alizan. Dia ni berbeza daripada adik beradiknya, kesian sangat. Dia ini adalah anak didik saya sejak tahun 1 lagi dan saya berazam untuk menjadikannya berjaya dalam akademik dan segalanya...Biarlah dia jadi 'insan' yang berguna dan boleh membantu ibu bapanya menyara abang dan kakak serta adiknya yang tidak berdaya suatu hari nanti.

Ini pula murid umur 5 dan 6 tahun PRASEKOLAH 1. Mereka adalah kumpulan penari joget.


Persembahan tahun 6. Inilah warna pakaian pengawas SK JEMUKAN.

Memotong kek di kelas tahun 6. Hahaha tengoklah telatah anak2 ini. Kek tu hasil kutipan mereka, dan saya tak sampai hati nak makan.... biarlah mereka makan sendiri.

Ini gambar gimik sahaja....saya tak makanpun kek itu.....tocek2(pura2/main2) untuk bergambar dengan Madam T.

Ini hadiah pertukaran saya dengan madam T. Yang purple tu hadiah saya untuk madam T : sekotak coklat ferereo roceher, sebungkus coklat cadbury fruits n nuts ( fave kami berdua) dan pouch telefon.

Ini kek hari guru daripada tahun 6.

Sebahagian hadiah2 yang saya terima. Yang harunya seorang murid saya anak buah kawan saya sendiri. Kawan saya belikan saya sebuah beg alatulis warna coklat. Jadi ,tahun ini saya dapat 2 beg alatulis.

Inilah hadiah2 daripada sahabat saya ,Madam T. Dia berikan saya beg alatulis dengan warna kesukaan saya BLUE dan perkataan yang bermakna seribu : B READY.Saya tahu apa maksudnya...supaya saya bersedia untuk menghadapi masa depan terutamanya cabaran menghadapi master yang akan datang. Tiba2...saya rasa gerun. Dan satu lagi hadiahnya ,pouch telefon dengan kad, something for u to school n something for kl....huhuuhuhu....Anaknya si Joanne bertanya : mahukah orang dewasa macam aunty Liza pakai pouch budak2...hehehe. i think she knows what i am...n mummynya masih menganggap saya still young???? Hahaha...i gila2 je ..T. Whatever, thankssss so much.

Walaupun takde siapa yang sudi menjenguk blog saya, saya tetap updatekan blog ini. Biarpun saya rasa saya ini sudah sampai ke tahap syok sendiri. Takpe lah........

Comments (2)

Seronok nya Za menyambut hari guru... banyak dapat hadiah.

Za, janganlah sedih. Sebenarnya ramai yang jenguk dan singgah ke blog Za ni, cuma mereka tak menurunkan komen. Teruskan berbelog.

Kita buat post bukan untuk bacaan dan rujukan kita semata, tetapi tentu ada orang lain yang inginkan maklumat yang pernah Za postkan. Maklumat itu, mungkin berguna untuk mereka.

Salam kak Zara... terima kasih akak. Saya rindukan dia....kak NB. huhuhu.