Banjir 2011 part 2

Posted by Leeza | Posted in


26 Disember 2011.
Jam 6 pagi kakak balik ke rumahnya memasak sarapan. Dapur rumah saya yang dimasuki air separas dada menyebabkan saya tidak dapat memasak. Hanya nasi saya panaskan menggunakan dapur elektrik. Dan pagi itu emak saya makan nasi dengan ikan bilis halus sahaja. Saya dan menantu kakak, meredah banjir separas peha di jalan memeriksa kereta kami.Alhamdulilah bukan kami sahaja yang memarkir kereta di  situ dan nampaknya kereta berjaga dengan baik. Syukur alhamdulilah tiada yang berniat jahat menganggu kereta kami.Kereta anak mak Temah ditenggelami air, kerana dia terleka menyelamatkan barang-barangnya. Kereta orang kaya kampung kami ketiga-tiganya ditenggelami air. Begitu juga ke dua lori milik satu-satunya cina kedai di kampung kami. Pada saat saya dan anak buah balik meredah air, cucunya memandu lori sarat dengan kelapa tetapi tersangkut di jalan yang airnya paras pinggang saya. Pada masa itu , kebetulan beberapa bot dan  perahu penyelamat mengambil orang-orang kampung untuk dipindahkan ke pusat permindahan sementara di SK Hj Kelali, Semera. Saya dan Eiwan menumpang salah satu perahu itu sehingga pertengahan jalan. Cukuplah  kerana sesungguhnya kaki saya sakit dan penat. Kami tidak  mahu berpindah kerana ada rumah tingkat atas. Lagipun emak saya tidak mahu berpindah. InsyaAllah saya yakin air takkan naik lebih tinggi lagi. Kami menggunakan tampoi untuk kencing dan buang air besar. Tawakal dan hidup dengan penuh redha.Bersyukur saya emak tidak  sakit dan tidak demam. Cuma dia mengadu kakinya yang sakit akibat terjatuh sahaja. Rumah kakak yang dimasuki air hanya separas betis, memudahkan kakak memasak makanan kami sekeluarga. Ikan goreg dan ikan tenggiri long, menjadi sedap teramat semasa banjir.  Sebenarnya ikan terpaksa digoreng semua sebab peti ais sudah tidak dapat diguna. Syukur sebab bekalan air paip dan elektrik ada. Sesekali kami turun ke bawah , kami menggunakan pakaian yang sama untuk tidak menyusahkan diri sendiri bila terpaksa mencuci pakaian yang banyak. Dalam banjir, mandi  tidak lagi dalam fikiran.Sejak semalam saya langsung tidak mandi  hanya bertukar pakaian sahaja. Pakaian banjir  yang basah , saya guna berulang kali. Masuk dalam air yang sejuk kaki menjadi sakit.Kemudian air berbau minyak gasoline  mengapung ke seluruh rumah membuatkan kami membuka tingkap rumah atas. Dari manakah bau minyak ini? Baru saya teringat setengah botol coca cola minyak gasoline yang selalu saya gunakan untuk tujuan pembakaran, Mungkin penjaga mak lupa menutup botol itu dengan kuat menyebabkannya tumpah ke dalam air dan saya sendiri tidak tahu di mana botol tersebut. Pada sebelah petang baru Nampak botol itu terapung dan saya membuangnya di luar rumah. Mujur juga saya tidak dapat memasak dan ini mengurangkan risiko bahaya. Semua suis dan barang elektrik sudah ditutup. Hanya satu dua sahaja lampu dibuka untuk menerangi   rumah. Pada masa ini, semua kerusi terapung-apung  dalm air. Benda berat mudah dibawa dalam air...teringat dulu arwah bapa selalu menghanyutkan kayu-kayu dan kelapa dalam air.Mudah baginya daripada mengguna tenaga memikulnya. Sebab  itu pembalakan sangat perlukan sungai untuk membawa kayu-kayu balak.Teori yang sama untuk saya bekerja membawa tong gas yang berat, begitu juga benda-benda  yang berat. Bila hujan turun sentiasa kami sudah risau , risaukan keadaan dua budak kecil, bimbang mereka sakit perut dan demam. Sepakat suara, si Nor dan Eiwan membawa kedua anaknya ke Kuching ,rumah ibubapa Eiwan.  Kami menunggu perahu lama sungguh sedangkan cuaca nampak hendak hujan lebat. Akhirnya setelah berpesan dengan emak jangan bergerak dan duduk baik-baik dalam bilik, kerana kami semua sepakat meredah air menghantar meereka ke tempat kereta di hujung kampung. Kakak yang membawa si kecil Alisya , saya suruh ikat dengan kain batik supaya tidak terlepas. Dengan keadaan saya mendahului jalan membawa beberapa beg keperluan , Eiwan membawa si Putri yang seberat 26kg. Dan Nor yang membawa bakul berisi susu dan air anaknya.Syukur bila mereka  selamat  ke Kuching. Di Jalan Mata Parang, mereka menggunakan jalan singkat ke Tanjung Parang yang tinggi parasnya. Jadi malam itu tinggallah kakak, saya dan emak di rumah. 
Putri bersedia untuk mengharungi air banjir.

Comments (0)