Posted by
Leeza
|
Posted in
My Village
28 Disember 2011
Hari ini nampaknya air semakin surut. Baru nampak tembok depan pintu.Alhamdulilah. Semalam sekolah sudah menelefon menyuruh saya ke sekolah untuk menandatangani opsyen skim gaji baru iaitu SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam) Seawal pagi saya mencuci beberapa baldi pakaian termasuk 12 helai kain batik emak yang baru. Saya mencuci dengan berdiri atas kerusi dan menggunakan tangan sahaja di atas sinki. Setelah 3 hari 3 malam tidak mandi barulah saya mandi hari ini ....:( Apa nak buat...darurat sungguh. Kemudian saya bersiap ke sekolah dengan mengharungi air separah lutut dan betis itu ke tempat kereta diparkir. Pada masa ini si Luqman sibuk mencari gawang dan ikan keli. Saya merasa makan gawang masak kicap hari ini, masakan emak tiri Luqman. Saya terpaksa bertukar seluar dalam kereta. Masa hendak ke sekolah , hampir sahaja saya terkandas kerana ada saatu bahagian jalan digenangi air . Rupa-rupanya Kampung Jemukan yang tidak pernah banjir mengalami banjir tahun ini. Menurut GuruBesar saya , banjir di SK Jemukan agak tinggi , separas lutut tetapi mujurlah sekolah saya bertiang tinggi. Saya memilih pencen 58 tahun....tak sanggup saya bekerja sehingga 60 tahun lagi. Biarlah generasi baru yang akan menyambung perjuangan saya selepas 58 tahun nanti. Balik dari sekolah saya terus ke Asajaya membeli makanan basah. Kakak yang memasak makanan kami. Tentu sahaja kena mengharung air lagi ke rumah dan kena bersalin seluar yang basah semula. Di sepanjang jalan boleh dilihat jelas dalam air cacing-cacing tanah yang mengembang dalam air. Boleh buat spaghetti sedap ni...hahahaha..gurau aje. Kedai-kedai makan ditutup pula. Setiap kedai rata-rata orang datang membeli mop, penyapu, barangan mencuci rumah, penyangkut baju, dan penyepit baju. Saya tidka boleh membeli banyak barang memandangkan terpaksa berjalan jauh masuk ke dalam kampung. Sebenarnya di sepanjang jalan saya sangat susah hati mengenangkan emak saya. Abang saya berjanji hendak menziarahi nya tetapi membatalkan janji tersebut. Saya risau perasaan emak. Dia terlalu lemah. Semalam ketika saya tinggalkannya untuk mengemas tingkat bawah dia menangis atas katil. Katanya saya tinggalkan dia keseorangan di dalam banjir. Ya Allah , emak....saya takkan tinggalkan emak saya....biar nyawa diancam bahaya sekalipun. Banyak cerita kurang enak yang saya dengar pasal orang-orang kampung saya..dalam hati berighstifar...jika benar, patutlah Allah murka sekali.
|
Air sudah surut paras betis |
|
Luqman mendapat ikan keli |
|
Gawang yang diperolehi oleh Luqman dan adiknya Ujang |
|
Gawang, spesies yang hanya didapati semasa banjir |
|
Alhamdulilah air kian surut |
|
Motorsikal diletakkan atas lori cina yang sangkut di jalanraya. |
|
Dewan yang baru siap dan belum digunakan |
|
Surau |
|
Beberapa orang kampung yang balik sekejap dari Pusat Pemindahan Banjir untuk mengemas rumah masing-masing. |
|
Melepak sambil bersembang di luar rumah |
|
Di sinilah saya memarkir kedua-dua kereta saya, kawasan yang tidak dinaiki air |
|
Alhamdulilah, balik dari sekolah, saya diberikan semangkuk lauk gawang masak kicap oleh emak tiri Luqman. |
Comments (0)
Post a Comment