Posted by
Leeza
|
Posted in
My Village
27 Disember 2011.
Syukur alhamdulilah sebab hujan sudah berhenti dan air juga sudah surut. Naiknya amat mendadaak dan surutnya amat perlahan. Daripada paras pinggang air di ruang tamu sudah surut ke paras paha. Kakak seawall pagi sudah balik ke rumahnya mengemas beberapa barang. Saya pula tidak tahu hendak buat apa dalam keadaan kerusi masih terapung. Namun saya tak boleh duduk diam. Kredit telefon bimbit tiada dan line internet juga tiada. Terputus rasanya dengan hubungan luar. Ketika ini kisah ini saya tulis, saya duduk selepas selesai mandikan emak saya. Dia mandi atas tangga dalam rumah. Saya mengangkut air dalam baldi. Mengangkut air bersih dalam meredah air amat mudah sekali. Letak air dalam baldi dan keadaan terapung memudahkan mengheretnya. Saya kemudian mencari beberapa baju emak yang tenggelam dalam runtuhan almarinya...seperti mencari harta dalam titanic yang tenggelam...hahaha tinggi perumpamaan itu. Titanic tenggelam dalam Laut Pacific, baju emak tenggelam dalam air separas paha. Sesekali bila tersa benda lembut di kaki saya sudah seriau. Kemudian saya mencuci nya mengguna serbuk pencuci dicampur sedikit Clorox. Saya mencuci dalam singki kerana airnya akan keluar rumah terus.Bagaimana mencuci dalam air separas pinggang itu? Tidak takutkah saya dengan binatang bahaya seperti ular, lipan dan kala jengking ? TAKUTTTTTT...siapa yang tidak takut? Saya ambil kerusi makan kayu yang terapung , pijak atasnya dan air atas kerusi itu hanya separas betis saya sahaja.Atas itu boleh nampak apa dalam air jadi selamatlah kaki saya. Jangan sesekali lupa berdoa mohon perlindungan Allah. Mencuci sebesen besar pakaian kotor (baju-baju emak yang tenggelam) membawanya amat mudah sekali. Gunakan besen dan baldi dan isikan pakaian yang lepas dicuci dalamnya . Pastikan jangan berat sangat, biarkan baldi dan besen itu masih terapung kemudian tarik sahaja. Membawanya naik tangga sahaja yang memerlukan tenaga. Kesimpulannya teori sains kalau soal jisim, jisim ringan dalam gas, kemudian cecair dan berat dalam pepejal. Selebihnya saya lebih suka duduk dalam bilik kerana sejuk. Pada saata ini 2 hari 3 malam dalam banjir tiadalah bantuan makanan yang tiba. Syukur kerana makanan dalam rumah saya masih ada. Nasi boleh dimasak guna periuk elektrik. Cuma mi segera tidak dapatlah. Makanan tin alhamdulilah saya ada membelinya beberapa buah tin sardin. Bekalan ikan goreng mencukupi untuk emak beberapa hari. Emak beberapa hari tanya pasal beberapa biji pisang tanduknya yang diberi oleh abang tetapi saya diamkan sahaja sebab saya tidak tahu ke mana hanyutnya pisang itu dalam rumah saya. Hari ini ketika saya mengambil beberapa benda yang terapung, saya menjumpai 4 biji pisang tanduk emak masih bagus dan belum masak..hahaha rezeki emak.Cuma soal keselamatam, saya harus berhati-hati kerana saya telah menjumpai anak lipan, dan pasti ibunya mesti ada berdekatan. Jarang lipan tidak berpasangan. Begitu juga dengan kala jengking. Ular apa tah lagi. Saya tadi menjumpai dua ekor anak ular tedung yang masih kecil di depan rumah kakak tetapi kakak menyatakan itu cacing gila. Saya diamkan sahaja sebab anak ular itu kulitnya keras dan hitam. Minta jauh dari segala bahaya ini. Jika terkena amat bahaya kerana hanya saya dan emak sahaja di rumah dan kakak. Seharian ini kakak sibuk membersihkan rumahnya kerana air sudah surut sehingga buku lali. Saya mengajarnya jika hendak membersihkan rumah guna penyapu panjang dan pencedok sampah supaya pinggang tidak sakit. Selain menimba air, kotoran boleh dibersihkan terus.Tahun ini buat pertama kali rumah kakak dimasuki air. Sebelum rumah baru itu dibina kakak sekeluarga mendiami rumah kayu kampong yang bertiang tinggi. Saya yang setiap tahun mengalami banjir sudah menjadi biasa tetapi tahun ini banjir amat teruk sehingga semua barang tidak dapat diselamatkan lagi.
Jam 2pm, saya terima mesej daripada kakak saya di KL mengirim top up rm50 dan ini sangat saya hargai kerana saya kehabisan kredit. Saya terputus hubungan dengan luar sejak kelmarin kerana bukan sahaja kehabisan kredit tetapi juga kerana ketiadaan line internet , satu-satunya cara saya membeli top up secara online. Beliau juga memberikan sejumlah wang untuk bantuan ..hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik beliau . Line telefon yang terkadang ada dan tiada, juga menyukarkan untuk berhubungan. Kakak saya menghubungi saya terpaksa terputus talian sebanyak 3-4 kali dan saya dikhabarkan rumah saya masuk dalam berita TV . Waktu ini emak saya mengadu sakit , dan saya berdoa keadaannya bertambah baik sebentar lagi....kaki saya juga berdenyut sakit dan saya hanya menelan pandol untuk mengurangkan rasa sakit. Ketika saya menceritakan apa yang kakak buat dan sampaikan salam, emak menangis kerana anak-anaknya tidak menjenguk dia. Bertanyakan khabarpun tidak dan hanya saya yang menelefon menyatakan khabar dan keadaan sehingga kehabisan kredit . Ada pula yang bertanyakan barang-barangnya. Apa yang dapat saya lakukan lagi jika takdir menghadirkan bencana alam menduga keimanan ini ? Hanya pasrah dan berdoa kepada Allah sahajalah. Apa-apa yang rosak boleh dibeli dan diganti walau mengambil masa . Yang penting keselamatan emak dan saya sendiri.
Jam 3 petang, seorang lagi kakak menelefon dari Kl bertanya khabar. Kedua nya mencadangkan saya memohon bantuan dari pihak berwajib . 3 tahun yang lalu ketika pasukan RELA membuat rondaan dan menghantar makanan ke rumah2 yang dilanda banjir, dan saya meminta juga, mereka menjawab kenapa tidka lari ke pusat permindahan banjir. Malahan ada suara-suara sumbang menyatakan saya kaya maka saya tidak perlu bantuan sedemikian. Jika saya tidak layak, tidak mengapa tetapi emak saya warga emas yang tidak berdaya. Ketika pihak sekolah menelefon untuk menandatangani penerimaan SBPA gaji baru, saya memohon untuk pergi keesokkannya kerana air masih tinggi. Untuk meredahnya saya akan basah sehingga pinggang. Lagipun emak nampak tidak begitu sihat. Saya berdoa hujan tidak turun dan air tidak akan naik lagi.
|
Paras air hari kedua. Paras air hari pertama boleh dilihat pada garisan air di dinding rumah. |
|
TV ini sangat berat. VCD player di dalamnya tidak smepat saya selamatkan. |
|
almari buku yang tenggelam. Syukur almari novel saya letak di atas. |
|
Air surut satu anak tangga. |
|
Sofa yang telah saya letakkan awal-awal tetapi air naik etrlalu tinggi, terkena juga akhirnya. |
|
kerusi roda emak tidak sempat saya selamatkan. |
|
Bilik tidur emak...katil kami berdua terapung-apung. |
|
Syukur alhamdulilah diapers emak saya letakkan tinggi-tinggi. |
|
Dua peti ais yang tenggelam |
|
Hari pertama, air sudah mencecah permukaan meja makan. |
Bersambung lagi.....
Comments (0)
Post a Comment