Inilah bahan yang diberikan kepada kami, tiada fail . Syukur alhamdulilah..dapat beg 'bonia' mahal ini. |
1. 1983 -KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah
2. 1993 - KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
3. 2003 - KBSR Semakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
4. 2010 - KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Baru-baru ini saya menghadiri kursus pendedahan KSSR untuk subjek DST Tahun 2 yang akan digunapakai tahun hadapan. Sekolah saya cuma ada dua guru Sains dan kebetulan rakan sejawat saya yang mengajar DST tahun ini menjalani rawatan doktor pakar di hospital KL maka saya menghadirinya. Kebetulan kami bersetuju mengagihkan kelas-kelas Sains berdua. Dia akan mengajar DST tahun 1, Sains Tahun 3 dan Sains Tahun 5. Saya pula akan mengajar DST tahun 2, Sains Tahun 4 dan Sains Tahun 6. Sekurang-kurangnya saya berharap pada tahun 2013, saya berehat sekejap daripada mengajar Sains UPSR Tahun 6. Otak saya terlalu penat .
Apa bezanya DST (Dunia Sains Teknologi) dengan Sains PPSMI ? Banyak sebenarnya. Science PPSMI berfokus kepada 5 tema utama : Living Thing, Force And Energy, Materials, Astronomy and Technology. Sementara DST pula mempunyai dua elemen berbeza iaitu Sains dan TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Keduanya ini diajar berasingan. 48 waktu untuk Sains dan 12 waktu untuk TMK.Walaubagaimanapun,semasa mengajar Sains terdapat satu EMK (elemen merentas kurikulum ) dan TMK dimasukkan sebagai satu alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Persediaan mengajarnya juga berlainan daripada dahulu. Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pedagogi 4 fasa (persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan).Dulu tertulis Learning area, Learning Objectives and Learning outcomes. Sekarang cuma guna Standard kandungan dan Standard Pembelajaran dan terdapat objektif pembelajaran. Setiap kali selesai proses pengajaran dan pembelajaran kami kena buat PBS (penilaian berasaskan sekolah) .PBS ini meliputi 40% markah keseluruhan dalam UPSR. Tahun 1hingga 3 menggunakan PBS sebagai pernilaiannya. Tahun 4 hingga Tahun 6 ada subjek UPSR 60% dan PBS 40%.
Rasanya ramai mengeluh bebanan kerja yang kian bertambah. Saya secara peribadi menerima dengan redha semua ini. Bukankah inilah corak pendidikan di negara kita, sentiasa berubah ? Kelas yang akan saya ajar tahun hadapan adalah kumpulan pertama untuk KSSR ini dan menghadapi UPSR 60% pada tahun 2015 nanti. Persediaan bukan tahun hadapan bermula tetapi mulai sekarang. Saya telah mengatur strategi untuk melaksanakan proses pengajaran pembelajaran ini dan ia akan saya mulakan dari sekarang. Selepas UPSR nanti masa terluang saya akan digunakan untuk mengajar murid-murid tahun 1 itu mendaftar email. Email sudah digunakan tahun hadapan kerana satu kemahiran dalam TMK ialah murid-murid dapat bertukar pesanan menggunakan email sesama mereka. Hadapi segalanya secara positif. Yang pasti saya tidak mahu menjadi negatif dan berfikiran negatif lagi. Jika penat ,berehatlah ...itu yang akan saya lakukan. Yang pasti mengajar anak bangsa itu satu amanah yang sangat berat. Dan saya tidak mahu menjadi orang yang berdosa dan tidak amanah.
as salam c'gu leeza..
sama seperti cikgu, saya juga merupakan guru yang mengajar dst untuk thn 1..dan kalau nak ikutkan, thn depan pon kena ngajar thn 2 (disbbkan saya merupakan salah seorang j/utama di negeri saya , iaitu perlis..
mmg thn ini ,merupakan thn yg sungguh m;cabar..dgn fail yg nak disediakan, pemantauan lagi..mcm2 perkara smpi evidens lagi..tapi itula cabaran namanya kan?? okla..sampai ketemu lagi di ruangan yg lain.. seronok dpt cari orang yang phm apa yg kita buat...