Pameran buku terpakai ini diadakan di Crown Square mulai 22 Julai 2011 hingga 8 Ogos 2011. Kesemua buku yang dijual adalah daripada USA . Penganjur membeli buku-buku terpakai ini secara borong. Banyak buku-buku yang dijual masih dalam keadaan bersih. Mereka menggunakan 2 buah ruang legar di Tingkat 2. Sahabat saya , Ariza Ghazalee merupakan pembaca buku yang tegar dan dia meminati karya-karya Danielle Steel. Atas maklumat yang diberikannya saya mengunjungi pameran ini bersama anak saudara saya dan cucu saya Asmara. Saya tentu sahaja membelanjakan Asmara buku-buku tersebut termasuk Putri. Rambang mata saya apabila melihat buku-buku yang banyak. Kawan saya memesan 10 buah buku tetapi saya belikannya 12 buku kerana harga cuma RM7.90 sebuah.Saya pula membeli 15 buah buku ....hehehehe. Entah bila habisnya nanti. Yang seronoknya, ada seorang pemuda cina yang juga shopping buku telah membantu saya mencari buku-buku Danielle Steel. Saya juga mendapat kupon percuma sebanyak RM25 dan saya menukarkan kupon ini dengan sebuah kalkulator Casio.
Perjalanan sebuah 'NUR'
-
Walaupun novel ni belum keluar dari kilang cetak, saya tergerak hati nak
bercerita pengalaman saya mengolah drama Nur menjadi novel. Sebab saya tahu
ad...
6 years ago
Comments (0)
Post a Comment