Posted by
Leeza
|
Posted in
Sabtu baru-baru ini, saya membawa mak saya berjalan-jalan. Sejak malam ,mak saya kuat hendak mengikut saya berjalan. Walaupun abang dan kakak saya menghalang, saya tetap membawa mak berjalan kerana ini keinginannya. Sekurang-kurangnya saya dapat menggembirakannya. Akhirnya kakak saya ini, setelah ditegur oleh saya, mengikut kami berdua. Di Samarahan, saya membawa mak dan kakak makan di Warong 2000 kerana emak hendak makan rojak. Sebenarnya dia hendak makan rojak buah tetapi kerana rojak itu keras maka saya membelikannya rojak ayam sahaja. Berselera sekali dia makan. Dia begitu gembira. Selepas itu saya menguruskan beberapa perkara seperti fotostat,membinding dokumen dan sebagainya. Berebut-rebut saya membuat kerja saya kerana mak kelihatan sudah mula penat. Jam 11 pagi, kami terus bertolak pulang. Kami singgah di Pasar Tani Sampung Gerunggang untuk membeli beberapa buah-buahan.
|
Buah ciku yang belum masak, sekilo rm4. |
|
Buah mangga sekilo rm10 dan rm6. |
|
Buah kristal - menurut kawan baik saya yang ada menanam buah ini, ia berasal dari Papua New Guinea. Sekilo rm6. Ia tidak terdapat di Semenanjung. Rasanya seperti laici. |
|
Buah wajib dibeli, pisang utei dan pisang berangan. RM2 sesikat. |
|
Labu sebiji rm4.50 |
|
Buah kuini yang terdapat di sekolah saya. Free sahaja..hahahaha. | | | | |
|
|
Comments (0)
Post a Comment