Julai sudah sampai ke penghujungnya, dan rasa kecewa ini seakan tidak dapat terbendung. Ingin rasanya saya meraung menggegar dunia untuk lepaskan rasa kecewa ini namun hanya mampu menyimpan rasa kecewa ini dalam-dalam di sudut hati kecil. Sehingga hati ini seakan bergoncang menahan kepedihan teramat. Apa yang saya kecewakan ? Banyak dan satunya menyangkut soal kerjaya. Namun saya sering bermuhasabah diri untuk bertahan dan terus bersabar, mungkin tiada rezeki saya. Mungkin janji Allah berlainan untuk saya. Mungkin ada yang berkata , berusahalah. Saya mempunyai banyak idea dan cara untuk berusaha namun saya tersekat di sini. TERSEKAT dan terpaksa.
Sebenarnya ALLAH tahu yang terbaik untuk saya. Mungkin jika begini , kesannya tak tertanggung oleh saya..maka diperlahankan perjalanan saya. Meskipun saya sangat malu....malu dengan diri yang tidak berupaya. Malu dengan diri yang sepi dalam keriuhan. Dalam sesuatu hubungan saya mengenal untuk memahami isyarat dan petanda. Orang mungkin segan mahu mengatakan tidak, lalu dihaluskan cara penolakan tersebut. Tidak mengapalah....inilah seni perhubungan berhemah.
Apa yang saya sibukkan sekarang ? Saya sibuk dengan projek Kembara Ukhwah Ke Utara sehingga 12 Ogos 2011. Jika ada peluang saya akan turut serta tetapi tentu sahaja menyusahkan kawan-kawan saya. Tidak mahulah menimbulkan rasa serba salah , maka saya doakan dari jauh sahaja. Memadailah saya berusaha untuk meminta dan mengumpul dana untuk program ini. Lagipun saya terikat di sini. Sebolehnya sekarang saya mengelak temujanji hari Ahad kerana hari itu tiada sesiapa menjaga ibu saya. Jika terpaksa juga , saya terpaksa korbankan hari Sabtu untuk menukar giliran ini. Satu hari dalam seminggu saya mesti keluar dari rumah ini. Saya perlukan udara segar dan ia adalah hari untuk saya melunaskan semua urusan rasmi yang terkumpul seminggu. Terkadang letih sebab terkejar ke sana sini, berebut dengan masa. Itupun masih ada orang sanggup mencemuh sebab tidak jaga mak untuk hari itu. MasyaAllah....Tuhanku tabahkanlah hatiku ini.
Isnin sampai Jumaat adalah masa kerja saya. Itupun sekarang saya rasa mutu kerja terjejas sedikit sebab masa-masa tertentu bila tidak masuk ke kelas sambil buat kerja-kerja library saya boleh tertidur dalam duduk. Dasyat sungguh keletihan ini. Namun dalam tidur dan terjagapun otak saya masih bekerja untuk berfikir dan berusaha mengatasi masalah yang timbul dalam kelas Tahun 6 sekarang. Semua guru mengeluh kerana kelas ini tidak menampakkan hasil yang positif. Saya terpaksa gunakan rotan dan menetapkan target apa mereka boleh capai. Bukan memaksa tetapi inilah hakikat kebolehan mereka. Saya sebagai guru yakin anak-anak ini mampu lulus dengan cemerlang dan bintang inilah yang perlu digilap dengan sungguh-sungguh. Jika lepas UPSR sebenar nanti baru saya berhenti rehat....selagi belum 13,14 dan 15 September 2011, selagi itu saya takkan berhenti. Cuma masa saya amat terbatas...:(
Semoga segala yang saya usahakan tidak sia-sia...cukuplah kejayaan anak-anak murid ini menjadi hadiah untuk diri saya sendiri. Tentang kehidupan peribadi saya, saya cuba bertahan , saya kena redha barulah hati tidak bersedih. Ini bahagian saya...moga di akhirat nanti segalanya ini menjadikan saya senang lenang dan bahagia itu tetap ada walau hanya sedikit dan kecewa itu melaut luasnya.
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment