CHEESE CAKE

Posted by Leeza | Posted in

2 buku cheese philadelphia ukuran 250g. Sebuku cheese ini harganya RM10.50

3 bungkus kraker cheese .Sebungkus berharga RM3.20

setengah tin susu pekat manis.

setengah bungkus kraker tadi ditumbuk atau blend halus.
 Cara-cara membuatnya :

1. Setengah bungkus kraker keju ditumbuk atau blend halus.
2. Cheese digaul dengan susu setengah tin sehingga sebati. Anda  masukkan susu sedikit demi sedikit mengikut kemanisan kesukaan anda. Ada di antara kita yang tidak suka manis. Pastikan rasa susu boleh menutup rasa masam keju.
3. Gaulkan beberapa sudu campuran cheese dan susu dengan tepung kraker tadi.
4. Bahagi dua adunan cheese, susu dan tepung kraker tadi untuk lapisan bawah dan atas.
5. sediakan acuan .Lapik acuan menggunakan aluminium foil untuk memudahkan proses pemotongan kek.
6. Letakkan adunan cheese, susu dan tepung tadi di dalam acuan.
7. Sapu adunan cheese dan susu sebanyak 3 sudu makan.Ratakan.
8. Susun kraker keju di atasnya. kemudian letakkan 3 sudu campuran cheese dan susu di atasnya. Buat sebegini sehingga habis.
9.Bahagian terakhir , letakkan setengah adunan cheese, susu dan tepung kraker tadi. Ratakan. bila dah siap bungkus dengan aluminium foil.
10. Letakkan dalam freezer untuk disejukkan.




Lapis dengan kraker cheese.

Cheese cake yang sudah siap.

Telah banyak cheese cake saya cuba, namun saya lebih suka dengan cheese cake yang dibuat oleh Kak Munah @Puan Maimunah Hamadi sebab rasanya tidka terlalu manis.Cheese cake ini kegemaran keluarga Kak Sri Diah. Hari ini saya membuat cheese cake dengan membahagikan setengah adunan untuk membuat kek yang lebih kecil. Selamat mencuba rakan-rakan.

Comments (1)

Finally!!.. Terima kasih banyak2.. lama menanti.. kejap2 jenguk.. kejap2 jenguk blog akak nk tunggu resipi ni.. Terima kasih banyak2.. tapi saya tak pernah terjumpa lak biskut tu kat sini... takpe.. saya cuba cari ya. terima kasih sekali lagi!