PESTA BUKU KL 2011 Hari Kedua

Posted by Leeza | Posted in

30 april 2011 adalah hari jadi abang saya, Saidi Bujang. Selamat hari jadi kepada abang saya, semoga kehidupan sentiasa diberkati dunia akhirat. Pada hari sabtu ini , saya ke PWTC lagi tetapi sebelah petang. Pada sebelah paginya kami sibuk shopping di Sogo dan saya membeli beg pack bertroli. Kami menginap di Hotel Noble berempat dan ia sangat memuaskan. Berdekatan dengan syurga membeli belah...hahaha.Kebetulan semasa di sana, saya temui ramai kenalan yang kebetulan menginap di sana juga. Apa lagi kami membeli-belah dengan gembiranya...kononnya. Hati saya nak ke PWTC tapi kesian kawan2 yang hendak berjalan-jalan. Masa lunch di Sogo saya ambil peluang makan yong tau fu...dan sambal kerang. alhamdulilah. Tapi kesan makan pedas , saya sakit perut sahaja.


Stesen LRT yang sesak sampai dikawal oleh polis. Sangat mengejutkan.

Nik Fauziah dan anak-anak yang menunggu kedatangan saya. Kesian mereka.

Makan serawa durian dan pulut kukus ,juga nasi lemak dengan kak yati dan geng.

Anak-anak saudara saya, Afi Faris dan Sabrina Yamin yang datang ke PWTC khas untuk jumpa saya. Kasihan mereka.

Tahun lepas tak sempat ke Jemari Seni. Tahun ini saya berjumpa dengan Kak Noor Suraya.

Rezeki pertemuan, berjumpa dengan Wan Amalyn, geng buku.

Yes...inilah Kak Sri Diah yang saya temui.

Jauh-jauh dari Sarawak, berjumpa juga kami dekat sini.

Gembira menemui Ojan dan Akim.

Manjanya Teta dengan Kak Khamnya...

Tapi bila saya peluk dia menangis...huhuhu.Maaflah Teta.

Tangan siapa ini?
Tangan siapa ini ?
Kami berpecah bila berjalan. Yati dengan Asmah dan saya dengan Noria. Kami berdua sudah balik ke hotel. Bila saya call Yati tanya di mana dia berada , sebab saya bimbangkan dia balik lewat..rupa-rupanya mereka tengah menconteng tangan masing-masing. Itu yang saya cakap, balik dengan tangan hantu.

Comments (0)