PESTA BUKU KL 2011 HARI KETIGA

Posted by Leeza | Posted in

Tengahari saya berjumpa dengan kawan saya, Nornizma yang pernah mengajar di SK Jemukan .Dia telah meninggalkan SKJ selama 5 tahun. Panjanglah cerita kami berdua di Secret Recipe Sogo. Noni belanja saya makan tengahari. Terima kasih banyakbanyak.

Bersama Nornizma
Berjumpa Eejay Zakaria di booth NB Kara.
Saya ke PWTC keseorangan kerana rakan-rakan saya keluar bersama dengan adik masing-masing. Saya berjanji dengan Yati Brunei dan Asmah menunggu mereka di booth NB Kara sebelum balik ke hotel.Malangnya mereka tidak berkesempatan.
Bertemu lagi dengan Kak Mijah, kakak Kak NB

Akhirnya, saya berkesempatan bertemu dengan Kak Nah , kak NB

Juga berkesempatan menemui Zuliana Abuas penulis novel Bunga Di Rimba. Dia memberikan saya sebuah novel fantasinya : Puteri Karla. Terimakasih.

Kak Sri Diah dan Zul Haron
 Ketika saya berura-ura hendak balik sebab abang dan kakak ipar saya asyik call ajak jumpa di Sogo, Kak Sri yang saya hubungi juga hendak ke Booth NB kara. Kelakarnya diapun sesat mencari Booth NB Kara. Saya menjemputnya dari booth SASBADI.
Bersama Kak Sri dan Kusyi Hirdan

Gambar ramai-ramai. Si Kusyi ni entah apa yang dipegangnya.

Dengan Fariza pekerja NB Kara dari Sarawak

Gambar ramai-ramai
Alamak...takkan kak Yati nak lelong budak dua orang ni pulak. Oh tidakkkkkkkkk....

Comments (0)