FOREVER FRIENDS

Posted by Leeza | Posted in

Ini merupakan hadiah belated birthday saya daripada Khamisah Mohd Nazri. Dia ialah seorang adik dari kumpulan Geng Pizza. Entah nama Geng Pizza ini macam saya belum layak jadi ahli sahaja kerana saya belum makan pizza dengan mereka...hahaha. Mari kita baca apa yang tercatat dalam plak hitam ekslusif ini.

We cannot measure friendship
in dollars,time or weight.
We cannot see it coming,
that part is left to fate.
But once we know
the blessings that come
with one good friend,
we know the joy and gladness
of friendship without end.

Okay, dalam maknanya dan hanya yang mengerti erti persahabatan sahaja yang faham bahawa kata-kata dalam plak ini adalah benar belaka. Bagi saya ia memberi makna yang sangat dekat dengan hati saya. Hanya berserah kepada Allah semoga persahabatan saya dengan sahabat-sahabat saya berkekalan dunia akhirat. Bagi saya tanpa sahabat hidup saya kosong dan sangat sepi. Pada saat kedukaan saya dan kesendirian saya, saya amat perlukan sokongan sahabat-sahabat saya untuk menceriakan hari-hari saya yang suram. Hanya mereka yang dapat kembalikan semula senyum di bibirku. Terimakasih Khamisah atas hadiah ini dan segala-galanya. Semoga hidupmu sentiasa bahagia dan ceria sentiasa....amin.

Comments (0)