BAGASI

Posted by Leeza | Posted in

Bagasi saya dan Noria
Bila mengembara ,kita kena bijak menguruskan bagasi kita. Baru-baru ini kami menggunakan perkhidmatan firefly untuk pertama kalinya. Kononnya tambang murah RM68 sehala. Bila dikira tax dan semua termasuk bayaran kargo harganya lebih kurang dengan Air Asia. Cuma beza keduanya , lebihan muatan kargo Airasia akan dikenakan bayaran RM15 sekilo dan Firefly RM30 sekilo.

Ya, saya menggunakan firefly sebab ini perkhidmatan yang baru untuk saya dan rakan. Tetapi pada akhirnya saya rasa adalah lebih baik menggunakan MAS  sebab lebih kurang sahaja kosnya. MAS memberikan 20kg percuma dan tambahan bayaran kargo terlebih hanya RM12 sekilo. Itupun pihak mereka akan mengusahakan untuk kita tidak perlu membayar banyak.

Jika hendak ke Pesta Buku lain kali kenalah pastikan beli kargo yang lebih banyak. Kita tahu buku-buku semakin berat dan semakin tebal. Kawan saya dikenakan bayaran RM540 untuk lebihan 18 kg dan saya pula dikenakan bayaran RM120 untuk lebihan 4 kg. Saya sangat menyesal sebab saya tidak sebijak tahun lepas dalam hal menguruskan kargo. Tahun lepas buku-buku yang saya borong lebih banyak dan lebih berat. Namun saya tidak dikenakan bayaran kargopun. Sepatutnya saya membawa semua buku yang saya beli di dalam beg pack troli dan bukannya dimasukkan ke dalam kotak.

The moral of the story ialah :

1. Beli kargo lebih banyak.
2. Bagasi yang berat dibawa sebagai hand luggage.
3. Kemas bagasi lebih awal dan bukan last minute.

SERIK untuk mengembara ? Tidak sama sekali, pengalaman ini mahal dan akan mengajar kita lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Comments (0)