HADIAH DAN BUKU

Posted by Leeza | Posted in

Siapa tidak suka hadiah terutama daripada kenalan dan sahabat ? Walaupun kecil pemberian itu, kalau daripada insan yang dikasihi, sangat bermakna dalam hati kita. Apa lagi sejak kecil saya tidak pernah mendapat hadiah terutama pada hari jadi saya. Hanya bila di usia 40an ini barulah saya mendapat hadiah harijadi. Yang biasa saya perolehi masa kecil ialah hadiah akademik yang saya usahakan sepenuh jiwa raga.

Hadiah belated birthday daripada geng pizza saya, Kusyi Hirdan dan Khamisah Mohd Nazri
Sebelum saya balik pada 1 Mei 2011 dari PWTC, dua sahabat saya ini memberikan hadiah harijadi yang telahpun berlalu 8 April yang lalu. Beg dokumen yang diberikan oleh Kusyi Hirdan sangat cantik dan  saya telah gunakannya berkursus sehari selepas saya balik dari KL. Sebelum saya naik flight ke KL dulu, saya telah dihubungi oleh bos saya untuk menghadiri kursus tersebut. Keletihan belum hilang maka sepanjang kursus saya asyik mengantuk.Alhamdulilah saya tidak mengantuk semasa memandu. Dalam perjalanan itulah berdekatan dengan jalan masuk kampung saya telah berlaku 2 kemalangan langgar lari, dan satu daripadanya menyebabkan kematian sehingga isi dan jari kaki si mangsa terpaksa dikutip.Dengar khabar, orang yang melanggar itu mabuk. Melayu pula tu..dan sekampung dengan si mangsa. Mahu tidak menyeramkan tempat itu nanti...ertinya saya takkan berani balik malam atau memandu waktu malam lagi. Khamisah pula memberikan hadiah sajak 'FRIENDS FOREVER'. Nanti saya paparkan apa yang tertulis di dalamnya. 
T-shirt dan beg kain Karangkraf
Pertemuan dengan Kak Sri Diah adalah sesuatu yang saya nantikan sebab dia adalah insan istimewa dalam hati saya selain Kak Norhayati Berahim. Dua insan penulis ini idola saya dan menjadi sebab mengapa saya sanggup naik kapalterbang untuk menghadiri Pesta Buku KL.Kak NB tersangat istimewa bukan sahaja dalam hati saya tetapi juga jutaan peminatnya. Ada satu lagi hadiah daripada Kak Sri Diah iaitu tudung Fareeda. Saya tak paparkan di sini sebab saya hendak mengambil gambar saya menggunakan tudung tersebut .
Hadiah hati daripada adik GPS saya, Norhayati Osman dari Brunei.
Adik saya ini sangat nakal. Dia menceriakan suasana dan gelak ketawa kami tak hentinya sepanjang percutian ini. Dia selalu mengingat jalan tetapi jangan biar dia berjalan di depan sebab dia sangat pantas berjalan....boleh jadi scrambler pun ia. Berapa kali dia hilang dari pandangan sehingga terpaksa dihubungi menggunakan telefon. Ketika saya menerima tin ini saya bertanyakan samada ia boleh dimakan atau disimpan sebab saya sayang hendak membukanya. Tinnya sangat cantik. Namun pada satu ketika , saya ternampak seekor semut merayap ke arah tin ini. Ertinya isi tin tersebut tentulah makanan. Ketika mengoncang isi tin berbunyi. Mungkin ia candy atau coklat.
Isi Tin coklat batu.
 Terkejut saya melihat isinya yang sangat cantik. Puas saya membelek isinya, mencium dan membelek. Saya menggigit ia sedikit. Ia adalah gabungan gula-gula dan coklat. Sangat sedap. Kata Yati, ia membeli dari KLCC pada hari yang sepatutnya dia berjumpa saya di PWTC petang Ahad.
Keropok Lekor
Malam ahad adalah pasar malam. Hotel kami dikelilingi oleh syurga membeli-belah. Ketika inilah kami melihat banyak makanan yang jarang terdapat di tempat kami. Asmah Ashat membelikan saya dua bungkus keropok lekor ini. Keropok lekor jalan TAR. Ia sangat sedap bila digoreng dan sos cicahnya sangat sedap.
Kain batik daripada Idasm
Saya berkesempatan jumpa Idasm di NB Kara . Dia datang bersama keluarganya. Ada Amira anaknya yang sangat cute dan zul adiknya yang masih berbalut tangan. Dia memberikan saya hadiah kain batik yang cantik. Terimakasih Ida, lain kali kita jumpa lagi. InsyaAllah.
Luv Islam dan Puteri Karla
Saya berpeluang juga mendapat majalah percuma i luv Islam dari Karangkraf dan Puteri Karla, novel fantasi milik Zuliana Abuas. Terimakasih ya....
Novel-novel NB Kara dan hadiah percuma.
Hari pertama saya masih kepenatan selepas sukan sekolah . Maka saya cuma sempat membeli novel-novel NB kara sahaja. Saya mendapat hadiah novel, pen dan brooch. Terimakasih NB Kara.
Novel -novel Alaf 21, Buku Prima ,Karnadya dan Kaki Novel
Hanya ini sahaja yang sempat saya sambar memandangkan sabtu itu terlalu sesak dengan orang ramai. Nak mencelah tengok novelpun payah. Saya membawa beg pack bertroli tetapi amat payah mengheretnya memandangkan orang berhimpit-himpit. Sempat juga bersaing dengan satu pasangan berpelukan dan saya mendengar si lelaki kata : i not love books , i only love you. Sempat meraba-raba lagi tu.
Novel Jemari Seni dan buku kerja
Tahun ini baru saya dapat mencari booth Jemari Seni. Tahun lepas saya langsung tidak jumpa booth Jemari Seni ini. Saya berkesempatan menemui kak Noor Suraya dan Wan Amalyn. Saya tidak  melupakan buku kerja berkaitan dengan tugas saya.
Buku-buku kerja      

Comments (0)