Raya di Kajang

Posted by Leeza | Posted in


Pada petang Jumaat, 1 Oktober 2010, saya terbang ke Kuala Lumpur untuk mengikut rombongan terjah raya ke rumah Kak Norhayati Berahim di Kajang. Rancangan kami dimulakan oleh Kusyi Hirdan , novelis terkenal dan disertai oleh Khamisah Nazri dan Ridzuan Jaafar ( Atan ). Cuaca petang itu tidak berapa elok dengan turunnya hujan lebat dan berangin. Penerbangan yang dijadualkan pada jam 3.05 petang dilewatkan kepada 4.00 petang. Saya diambil oleh Pak Seyit Kara dan tiba lebih kurang jam 8.00 malam di rumah. Semasa saya tiba, saya dapati semua rakan sudahpun ada di rumah. Segan rasanya....hehehe.

Kami sepakat membuat tema baju berwarna kodok a.k.a purple. Nasib baik saya ada baju kurung berwarna kodok. Jadilah majlis makan bercahayakan lilin sebagai majlis berkodok. Rasa segan begitu cepat menghilang bila kemesraan terjalin antara kami biarpun Kham, Atan, feeza dan Kak Imah baru pertama kali dijumpai.

Antara peminat Kak NB termasuk Sharif dan gengnya.

Puas menjamu selera saya mengajak Kham untuk bermain jongkang-jongket. Jika semua permainan kami cuba, mesti keesokannya ada peralatan yang dirosakkan oleh kami. Bukankah semua kemudahan itu milik anak-anak...Qaisara and geng ? Bukannya orang yang terlebih umur dan terlebih nakal macam kami.

Inilah Kak Imah dan anak gadisnya Farhana. Dia membuat surprise....kedatangannya mengejutkan kak NB . Beliau datang bersama suami dengan dua orang anaknya. Terimakasih kepada suami kak Imah yang berbesar hati untuk membawa isteri tercinta ke Kajang bersama kami.

Empat orang memegang lilin dalam bekas yang cantik. Bukannya apa untuk terangkan lagi keadaan yang sedia gelap.

Ta da...inilah makanan masakan kak NB. Sayur lodeh berisi udang yang sedap.

Rendang ayam kampung, juga hasil tangan kak NB. Kesukaan Qaisara dan babanya.

Serunding kerang yang pertama kali saya lihat dan rasa. Tentu jenuh menggorengnya sehingga kering. Maklumlah kerang kan murah di Semenanjung berbanding kerang di Kuching yang mahal, rm7 -8 sekilo. Itupun kalau nasib tidak baik jumpa kerang yang buruk.

Kuah spaghetti meatballs. Sedap sehingga kucing hitam pun sanggup menjadi pencuri spaghetti.

Spaghetti yang cantik....terlepas rindu saya mengidamkan spaghetti kak NB.

Nasi Impit yang menjadi teman rendang atau kuah sate. Lupa pula saya mengambil gambar sate kajang. Menu lain yang dihidangkan ialah pulasah , kek lapis sarawak kiriman Norhayati Sulaiman, biskut-biskut, sambal goreng dan banyak lagi. Sayangnya perut tidak larat hendak merasa kesemuanya.

Terimakasih Kak Norhayati Berahim atas layanan dan makanan yang sedap malam itu. Terimakasih kepada semua rakan yang hadir malam itu yang membuat majlis berkodok sangat happening.InsyaAllah panjang umur dan rezeki ada, kita beraya lagi tahun depan.Amiinnn.

Comments (0)