YANG JAUH DI PULAU oleh Noor Suraya

Posted by Leeza | Posted in


Yang Jauh Di Pulau ceritera ke dua dalam DAMAI baru selesai saya baca hari ini. Ia membuat saya tersenyum dan terkadang ketawa sendiri . Kisahnya melucukan dan gaya bahasanya sama dengan gaya bahasa dalam novel Jaja dan Din.

Ainnatul Suffiah Syuhada anak gadis tunggal Tuan Burhan dan Puan Wahidah ditugaskan oleh mama dan babahnya ke rumah neneknya Tok Cik Nah di Langkawi. Di sana Suffiah belajar kehidupan di kampung, menghiris asam gelugor dan belajar memasak daripada Tok nya yang pakar memasak ayam golek di sana. Pertemuannya dengan Sophan Supiyan membuahkan cinta pertama namun dia sedar akan mendapat tentangan daripada Tok Mamanya yang kaya raya. Semestinya peristiwa Tuan Burhan meminang Puan Wahidah menyedarkan Supiyan kedudukan diri. Dalam masa yang sama rakan baik Piyan, si Busu juga menaruh hati kepada Piyah sehingga dia menimbulkan fitnah untuk memisahkan mereka. Kekeliruan tentang nama abang supiyan , Robby Sugara yang menggunakan nama 'Abang Piyan' dan perkahwinannya menyebabkan Sufiyah membawa diri dan patah hati . Salah faham ini kemudiannya terlerai dua tahun kemudian apabila Sufiyah balik ke Langkawi untuk menemani Toknya yang sakit sambil mencari dia semula. Namun hasrat Sufiyah terhalang lagi bila Busu membawa cerita bahawa Sufiyan mempunyai kekasih baru. Sementara Sufiyan pula beranggapan bahawa Sufiyah tidak mencintainya sehinggalah setelah dia membaca buku resipi yang ditulis oleh Syuhada. Catatan anekdot dalam setiap resipi masakan itu membongkar rahsia hati Suffiyah dan Sufiyan terus balik untuk meleraikan segalanya. Atas restu keluarga dan wasiat arwah Tok Cik Nah menyatukan mereka berdua ke alam rumahtangga.

Apa yang menarik dalam cerita ini ialah bagaimana percintaan membangkitkan semangat juang dalam watak Sufiyan untuk menaikkan status ekonominya agar dia tidak dipandang rendah oleh Tok Mama gadis idamannya. Hantaran rm20k yang diminta oleh Tok Mama diberi oleh ayah Sufiyah sendiri, kerana baginya kebahagiaan anaknya adalah segala-galanya. Kebaikan peri laku Sufiyan menawan hati keluarga Sufiyah . Begitu juga perwatakan Sufiyah yang rapat dengan Tok Cik Nah nya mengharukan hati kita bila pada saat-saat akhir arwah Tok menemui kebahagiaan dengan ditemani oleh cucu kesayangannya. Benar, bahawa biarpun kaya raya seseorang itu jika nafsu tamak haloba menguasai diri terkadang harta pusaka yang sedikit cuma menjadi rebutan.

Perkaitan watak dengan Abang Hadi dan Kak Aliya dari novel Tanah Andriana juga dinyatakan dalam ceritera ini. Bacaan yang sungguh santai untuk dibaca oleh semua pihak.

Comments (1)

singgah blog bulan yang satu...yang paling menarik pasal ulasan cerita yang jauh di pulau...saya suka sangat cerita piyah ngan abang piyan...mcm real saja :)