LANGIT TETAP BIRU oleh Syud

Posted by Leeza | Posted in


Ceritera ke 3 dalam DAMAI ini ialah Langit Tetap Biru oleh Syud . Ia saya tamatkan hari ini dengan kesungguhan biarpun dalam demam. Bahasanya sangat santai dan mudah difahami. Cuma terkadang saya tidak faham kenapa perlu menulis email menggunakan Bahasa Inggeris sedangkan watak utama keduanya biasa-biasa sahaja. Adakah penggunaan Bahasa Inggeris dalam novel Melayu hendak menunjukkan betapa standardnya kehidupan generasi masa kini ?
Lainlah kalau berutusan emel dengan bangsa asing.

Jalan cerita keseluruhannya santai. Kisah cinta si Zahra yang menaruh minat kepada Fikri tanpa pengetahuan Fikri sendiri. Dan hasil karyanya yang lama iaitu : Langit Itu Biru, membuka misteri ini kembali dan membuka minat Fikri untuk mengesan siapa penulisnya. kebetulan kisahnya dan nama watak adalah sama dengan kehidupan yang dilalui oleh Fikri. Hubungannya dengan Hana menemui jalan penghujung apabila cinta menjadi semakin tawar. Kemudian hubungan Fikri dan Zahra menjadi kian rapat dengan persahabatan kawan-kawan. Kawan Fikri berkahwin dengan kawan Zahra. Pertemuan yang selalu dirancang oleh sekumpulan ini memutikkan rasa suka Fikri kepada Zahra.

Jalan cerita yang tersangat santai. Tema yang kurang berat dan mencabar. Percintaan yang sempoi.Namun nilai persahabatan ditunjukkan dengan nyata.....berkongsi suka dan duka. Tiada perkhianatan dalam persahabatan di antara mereka.

Pendekata, cerita yang santai.....tak perlu berfikir berat-berat. Bagi saya cerita sebegini tidak menjanjikan kepuasan untuk saya sebab minda saya perlukan suatu terapi yang sihat untuk berfikir.

Comments (1)

Saya suka Langit tetap biru. Kadangkala saya permah buat apa yang Zahra buat tu...