SERASI DI HATI oleh Nora Ismail

Posted by Leeza | Posted in


Serasi di hati hasil karya Nora Ismail telah saya habiskan bacaannya pagi tadi. Memang saya mengambil masa yang lama membaca novel ini. Bukan kerana ia tidak menarik tetapi kerana saya yang sering kesuntukan masa.

Serasi di hati memang mampu mendekati pembacanya sebab tema yang dibentangkan dengan latar belakang yang amat berbeza daripada novel-novel yang lain. Nora berjaya menggarap sebuah sketsa kehidupan realiti yang sangat kontroversi.

Zarul watak hero yang dilukiskan seiras wajah hero Jepun ,Yutaka Takenouchi merupakan watak pemuda yang ketandusan kasih-sayang sehingga ia terjebak dengan skandal seksual dengan isteri kedua majikannya Datuk Kamaruddin iaitu Zalina Asha. Namun kesedaran Zarul tentang kepincangan hidupnya ini lebih meluas setelah dia mengenali Intan Edrinaz melalui program MIRC.

Intan Edrinaz pula telah berkahwin dengan lelaki yang dicintainya tetapi tidak menyintainya iaitu Shamsul Azman. Perkahwinan Intan Edrinaz tidak bahagia apabila Shamsul Azman tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan banyak mengambil kesempatan ke atas isterinya sehingga perbelanjaan rumahpun isteri yang tanggung. Terasa panas hati saya dengan sikap dan perangai si Azman ini....rasa nak cucuk je biji matanya. (huhuhu.....)

Pertemuan Zarul dan Intan akhirnya mencetus persahabatan yang kian mesra. Namun keduanya tahu menjaga batasan pergaulan meskipun terkadang Zarul agak nakal dan terbuka menyuarakan rasa sayang kepada Intan Edrinaz. Nasihat Intan membuatkan Zarul kembali kepada ayahnya Johendry dan keluarga ayahnya. Zarul sebenarnya ditinggalkan oleh ayahnya sehingga dia menumpang kasih kepada arwah makciknya setelah kematian ibu tersayang. Arwah makciknya meninggalkan harta yang banyak untuk Zarul dan ayahnya pula merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Keluarga ayahnya berusaha untuk menyedarkan zarul agar tidak terus bergelumang dengan dosa zina. Alhamdulilah zarul berjaya juga keluar dari belenggu si Zalina, wanita serakah dan seks maniac. Hubungan Zarul dan Intan mendapat tentangan yang hebat dari Zalina sehingga Intan yang sedang mengandung keguguran. Paling menyedihkan apabila si Azman menghalau Intan yang baru keluar hospital sehingga Intan terpaksa menumpang rumah Zarul. Azman menuduh isterinya curang sedangkan sejak awal dia yang telah mencurangi isterinya dengan meniduri Junaida isteri orang dan kemudian dengan Zalina Asha. Intan kemudiannya diceraikan oleh Azman. Zarul tetap setia menemani Intan dan menunjukkan kasih sayangnya dengan tulus. Keikhlasan Zarul membibitkan rasa cinta di hati Intan dan hubungan ini hampir menemui penghujung bahagia sehinggalah Azman kembali dengan seribu penyesalan. Junaida dan zalina mengandungkan anak Azman namun lelaki ini tidak mahu bertanggungjawab. Dia kembali menagih cinta dan kasih Intan yang telah terluka begitu dalam.

Demi menjaga hati semua pihak, Intan mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Zarul dan kembali ke pangkuan Azman untuk membantu Azman pulih dari tekanan jiwa. Sembilan bulan kemudian, atas rancangan Ainon, Suriani dan Aziz rakan sekerja di Trend Art Collections, Intan dipertemukan semula dengan Zarul . Akhiran yang bahagia apabila keduanya kembali bersatu dan dibahagiakan lagi dengan keadaan Edrinaz yang mengandung setelah 5 bulan berkahwin. Malahan Zarul merupakan suami yang romantik, kekasih yang hebat dan sahabat yang penyayang sehingga dia yang menanggung alahan ketika isterinya mengandung.

Novel ini sangat best. Nora banyak menggunakan kepakarannya dalam interior designer dalam novel ini. Juga gaya bahasa yang santai dan perwatakan yang happy go lucky, milik si zarul. Membaca tiap mukasurat seakan tidak mahu berhenti . Kepuasan juga maksima dengan akhiran yang manis. Tahniah Nora Ismail. Tidak sia-sia saya meminati hasil karya anda.

Comments (3)

haaa...kan betul sy cakap..memang kaw novel ni!!! akak dh baca tuhan lebih tahu...pun sedappp!!!!

Salam Ain....
Terima kasih dik sebab rajin bagi komen. Tuhan Lebih Tahun akak dah baca. Kalau tak salah akak buat review TLT pada bulan Jun atau Julai. Ada akak siarkan dalam entry dulu.

Salam liza...
mekasih tak terhingga sebab liza sudi buat review SDH... tak sangka liza suka SDH... mekasih gak sbb sokong saya...

ehem... Zarul tu mmg wujud tau... hehehe...