Kisah Luqman

Posted by Leeza | Posted in

Kalau hari raya yang paling seronok tentulah Luqman. Biarpun kehilangan ibu , seboleh mungkin saya dan keluarga cuba untuk menggembirakannya. Namun kenakalan Luqman terkadang membuat saya hilang sabar. Menjelang raya dia masih sibuk hendak menjala sehingga jala itu saya suruh abangnya buang. Kemudian dia belikan mercun untuk dimainkan. Jika main dengan cara betul tak apa lah tetapi pandai dia gunakan batang payung yang rosak untuk dijadikan kelonsong peluru dan mercun itu diletakkan di dalamnya. Memang kreatif tapi bahaya...sehingga saya rampas benda tu. kemudian dia bakar dan tikam dalam tempayan. Mahunya berdegum degam.Dia berazam hendak tamat puasa dan abang-abangnya berjanji berikan duit raya. Begitu juga dengan kawan-kawan abangnya.Jadi dia tagih sehingga mereka terpaksa berhutang dengannya sebab tunggu duit gaji baru....ha ha ha.

Satu petang ,raya ke tiga , tetiba jiran saya, Si A mengamuk bersama dengan adiknya si K dan bapanya si E.
" Mana Luqman ? " tanya dengan kasar.
Saya yang tak tahu apa-apa terus memanggil Luqman keluar. Waktu itu hanya saya dan emak di rumah. Kakak saya sekeluarga, abang-abang Luqman dan anak buah saya si wan berjalan raya. Bila Luqman muncul di muka pintu, si A menuding ke arahnya .
" Kau ganti muka anak ku Man! Hancur muka anak aku di rumah tu ".
" Kau ni Man, siap kau aku gasak muka kau ke semen," marah ayahnya si E pula.
" Ni gaya kau tuk Man, " marah si K pula.
Saya terus tersentap, " Apa hal ni? Cuba citer apa sebenarnya kes Luqman?" Saya bertanya dengan suara yang masih lembut.
" Kau tau, anak aku luka-luka berdarah di rumah tu, " kata si A.
" kenapa pulak ?" saya masih tak faham.
" Dia sebabkan anak aku jatuh basikal dilanggarnya dengan basikal." kata si A.
" Okay, Man betul ke ? "saya tanyakan Luqman.
" Takde usu, bukan saya yang bawa basikal. Bob yang bawa, kami berdua dah jauh ke depan. Mereka berdua jatuh sendiri."
"Oh....jangan kau bohong. Oleh kerana kau dalam rumah aku tak dapat pukul kau. Tapi jika kau di luar ,siap kau nanti." marah si A.
Mak saya muncul....dan dia terus berkata, " apa hal kamu semua. Dahlah dia ni tak beremak dan tak berbapak, kamu nak bunuh dia....bunuhlah... bunuh. "
Saya lihat mereka kaku. " Saya tak kisah dia tak beremak tetapi perangainya biarlah elok. Ni, mak aku hampir mati kena tikam dengan mercun," kata si A.
" Ok...kau bawa anak kau sini, aku nak tengok . kalau parah aku bawa pergi hospital. Kau bawa juga kawan-kawan Luqman yang terlibat. Aku nak dengar sendiri." saya jawab dengan selamba.
Saya terus call abang ipar saya merangkap ketua kampung suruh balik segera. Kemudian abang-abang Luqman pun sampai juga. Tepat jangkaan saya, Si Erol yang panas baran nak mengamuk dan suruh neneknya ambik pedang samurai di bilik saya. Amboiiiii nak pakai pedang segala. Saya pun angin dan tenyeh dahinya..." Kau ni kenapa, tak pikir panjang ke. Suka nak jadi pembunuh. Rugi kau nak bunuh orang senteng macam tu. Haa tunggu, nanti aku suruh kau bertumbuk dengan si A tu biar dua-dua sama sakit."

Tak lama kemudian, datang lagi Si A ni dengan kawan-kawan Luqman tapi anak dia tak bawa. Nampak gaya budak-budak tu takut dan tak membantu Luqman. Semua kenyataan menentang Luqman. Tetiba bini Si A marahkannya ." Kenapa kat sini tunjuk lagak? Kenapa tak tunjuk berani depan samseng di bandar ?" Kata bininya.Barulah saya faham dia ni ada kes ahlong dan tujuan sebenarnya nak minta ganti rugi dari saya.
" Kalau tak puas hati kita jumpa di court. Kau upah lawyer aku upah lawyer." Jawab saya ringkas. Mereka semua terdiam dan mencicit balik .

Selepas kejadian itu saya ketahui beberapa perkara :
1. sebelum dia menyerang kami, dia dah belasah Luqman dengan beberapa kali tamparan dan tumbukan di muka sehingga malamnya muka Luqman biru lebam.
2. Anak dia jatuh sendiri sebab kawannya bawa basikal dengan laju.
3. Menurut saksi, Luqman tidak terlibat langsung sebaliknya dia cuba membantu budak itu.
4. Budak itu berbohong kerana takutkan bapanya.
5. Saya dikutuk menyebelahi anak-anak buah yang teruk perangai.
6. Basikal Luqman saya hancurkan kerana dia semakin nakal sejak ada basikal.
7. Saya sekat kawan-kawan nakalnya dari bermain dengan Luqman lagi. Bila mereka muncul saya suruh balik dan bagitahu , mak bapak kamu tak suka kamu berkawan dengan Luqman yang jahat.
8. Pergerakan Luqman dibatasi dan diawasi.
9. Saya bertekad untuk bertindak jika mereka menyentuh Luqman lagi.
10. Nampaknya Luqman belajar dari kejadian ini.


Jadi, bila saya ke mana-mana saya bawa Luqman bersama. Sehinggakan tiba satu part dia boring sangat mengikut saya berjalan raya....hahaha.

Comments (0)