Cerewet si Luqman

Posted by Leeza | Posted in

Seperti janji yang perlu ditunaikan, saya dan lecturer KPLI Science Miss C membuat pantauan terakhir praktikum secara bersama. Daripada jam 8 hingga 10 pagi kami berdua keluar masuk dua kelas. Terasa diri dah setaraf dengan pensyarah. Saya sebenarnya dah biasa memantau pengajaran guru lain semasa praktikum Universiti Sains Malaysia bersama dengan Pensyarah USM Prof. Madya Dr Idris. Mahunya tak gugup masa itu,maklum Prof....tapi dia ni lucu ,dan nakal. Dia bagi saya copy dia punya catatan komen...hahaha. Saya dan Miss C telah tentukan markah dan gred kedua trainee ini. Seorang dapat cemerlang dan seorang lulus biasa. Saya sangat kecewa dengan yang lulus biasa itu sebab saya dah ingatkan sebelum cuti penggal lagi tentang persediaan untuk pantauan terakhir ini namun dia pagi tadi baru nak kelam kabut bersedia. Dalam penulisan refleksinya dia nyatakan sesuatu alasan dan kelemahan yang sejak mula diulang dan dijanjikan namun tidak berubah dan tidak meningkat. Dan akhirnya setelah selesai, loceng dah berbunyi. Baru saya sedar yang saya langsung tak sempat nak duduk di kerusi saya di bilik guru. Penat 3 hari belum hilang, bertembung lagi dengan yang ini.

Kemudian saya menunaikan janji dengan anak2 saya untuk shopping pakaian raya. Baru saya nak start enjin , riuh rendah si Putri ,cucu kesayangan saya ini menangis dan memanggil2 "NEK SU". Dia hendak mengikut saya berjalan dan saya tak mahu membawanya kerana cuaca yang panas dan bimbang dengan H1N1. Saya terpaksa bohongkannya katakan yang saya pergi kerja.

Memandu tengah panas terik memang amat meletihkan dan saya mengantuk. Kereta yang saya pandu sesekali terkeluar garis jalan....isk memang bahaya. Waktu itu ,rasanya nak stop kereta dan tidur sekejap. Tapak kaki pula rasanya dah meletup sebab tekan pedal...kena pula kawasan jam.

Dan kemudian si Luqman ini buat hal. Keluar masuk satu kedai , satupun belum jumpa yang berkenan di hati. Saya paksa akhirnya dapat sehelai seluar jeans. Saya nak cari sehelai lagi seluar dan sehelai tshirt serta sandal raya untuknya. Dia muncung sedepa. Saya dah angin sebab dia nak cari pakaian fesyen orang bujang. Mana mungkin sebab saiz badannya macam budak umur 9 tahun. Kalau fesyen orang bujang, saiz S pun tak ngam. Mood saya dah tipis....sehingga saya dah masam mencuka. Saya angin sehingga kata : Ko ni Man, nanti usu tinggalkan kau kat sini baru kau tahu. Di Bazar Ramadhan pula dia nak memacam makanan....saya belikan aje. Sengaja nak tengok larat ke tak dia makan nasi ayam, mi jawa dan roti john . ahahahha. Dan memang dia mampu habiskan semuanya itu....saya perli dia : ha...bagus. dapatlah kamu besarkan badan dan pilih baju orang bujang. Saya cuma dapat belikannya sehelai seluar jeans sahaja dan satu set seluar dalam. Betul-betul cerewet budak ini. Tahun lepas pun sama juga, bertambah lagi dengan 2 abangnya pula....sama jenis.

Esok saya kena shopping lagi dan terpaksalah saya bawa tali nylon lagi. Saya dah warning dia, esok apa yang saya belikan dia mesti pakai. Kalau tak saya buang semua bajunya dalam sungai. Geram saya dengan perangai cerewetnya ini. Mesti ada mak-mak budak punya masalah macam ini juga.

Comments (1)

haaaa...samalah ngan saya kak liza. anak bujang sy yg 12 tahun tu cerewet giler, selekeh pun ye gak. tak tau nak buat lagu aper. sakit hati bila apa yg kita nak dia pakai...dia tak nak pulak. pdhal branded item yg kita offer. last2 saya tak layan taste tak senonoh dia tu, apa yg saya beli tu yg dia kena pakai. nak tak nak kena pakai jugak!!!!