Persiapan Hari Raya Aidil Fitri

Posted by Leeza | Posted in

Seminggu lagi kita akan menyambut ketibaan 1 syawal. Lagu-lagu raya sudah berkumandang, bunyi mercun sudah berdentum-dentam, jalan raya sudah sesak dengan orang ramai membeli belah untuk hari raya dan rumah-rumah sudah berseri dan berkelipan dengan lampu-lampu berwarna-warni. Meriahnya aidil fitri.

Semalam adalah terakhirnya kali saya membeli belah di India Street sebelum aidil fitri. Fuhhh...memang sesak habis. Dari jalan raya, tempat parkir dan kedai-kedai. Kawan saya si CTZ yang brutal, memang tahu sahaja tempat parkir yang strategik untuk perodua kancil saya. Ngam-ngam di sudut depan kedai...masa ini rasanya polis-polis trafik pejam mata sahaja. Paling saya tak suka ialah bila ada yang membawa anak kecil dan baby....kesian saya melihatnya. Cubalah tinggalkan kat rumah sebab keadaan kesihatan sekarang, cuaca panas dan keadaan orang yang bersempit-sempitan, adalah memang di luar kewarasan fikiran jika membawa anak-anak kecil. Ikut macam saya , bawa ukuran dan ingat saiz anak2. Dalam kes Luqman memang saya tak dapat buat anggaran sebab saiznya tidak sepadan dengan usia. Habis satu bandar saya pusing mencari seluar jeans berdesign dengan tulisan dan gambar, baju tshirt lengan panjang yang berhood dan selipar jepun yang berdesign. Saya beli je seluar jeans faded , 2 helai tshirt dan selipar bata. Walaupun muncung sedepa, sepanjang malam dia asyik membelek dan mencuba baju-baju rayanya. Saya beritahu, bersyukurlah sebab awak lebih bertuah dari anak-anak orang lain.

Kelmarin kawan saya mengeluh apabila tiap tahun dia kena sediakan semuanya, dari part kemas rumah, sediakan juadah hari raya, keluar duit, memasak hatta melayan tetamu yang datang, membeli belah dan sebagainya. Saya akui, tanggungjawab ini sama dengan saya juga malah dah lali dengan keadaan ini. Kita harus mandiri dan sememangnya kita tak mampu harapkan sesiapapun. Menjelang hari raya saya mesti buat senarai semak ( list) yang panjang untuk menentukan persiapan yang perlu dilakukan.

1.Pakaian - Pakaian mak, Luqman dan diri sendiri dah siap.
2. Rumah - Kemas belum siap lagi. Langsir dan perabut guna yang lama. Sarung kusyen baru dah beli.
3. Juadah - Menu dah difikirkan. Kuih kek dah ditempah .
4. Sedekah - Pakaian untuk orang-orang tua di kampung dah siap dibeli dan bungkus,tunggu masa nak berikan.
5. Duit raya - 12 anak saudara dan 11 cucu saudara. Juga untuk anak-anak murid saya yang datang ke rumah pada hari raya pertama je. ( huhuhu)
6. Agenda berziarah : Fisrtly, ke pusara arwah ayah dan arwah kakak. Rumah saudara mara yang dekat dan pada hari raya ke empat saya pula akan berziarah ke Kuching dengan kawan-kawan bujang saya .( Biasanya mereka mengikut saya sebab rumah yang kami pergi itu rumah mak angkat saya dan rumah kawan-kawan saya ) Rasanya tahun ni saya nak buat rombongan 2 kereta sebab saya nak gabungkan kumpulan pertama ( Hajjah Aida dan Maryam dan kumpulan ke dua ( Noria dan CT Zawiyah )....nak tengok boleh tak kedua kumpulan ini ngam bersama....rasanya bolehlah kot sebab Boss nya sama.

Hahaha....itu persiapan saya. Semoga tahun ini raya tetap merapatkan lagi silatulrahim antara kami.

Comments (2)

fullamakkk...akak ni very well-planned person kak eh???siap ada list lagi. bagus tu. tak le kelam kabut nanti. mcm sayalah. punyalah lambat cari langsir, pas tu malas nak jahit sendiri, maka langsir raya hanya akan siap selps seminggu raya. hehehehe...nasib we ols tak kisah pun!!!

untuk kak Liza sekeluarga saya ucapkan selamat menyambut aidil fitri dan maaf zahir batin!!!!

wah.. bestnyer. bagus akak ni siap ada list...
semuanya ada tulis. memang organized!.. hehe..
ida plan dlm kepala aje..

kak... selamat hari raya aidilfitri...
maaf zahir dan batin...