Penanda Buku Yang Cantik

Posted by Leeza | Posted in

Perjumpaan kami dengan Eiyra dan tunangnya di Sogo Food Court.

10 jenis penanda buku yang saya beli.      

Saya mengenali gadis penanda buku ini, Eiyra Syra Lola Mokhtar melalui kak Norhayati Berahim. Itupun kerana saya tertarik dengan penanda buku yang berbagai reka bentuk dan warna ini.Lantas saya dan kak NB mengambil kesempatan membuat temujanji dengan Eiyra di Sogo pada petang 26 Februaru yang lalu untuk membeli penanda buku yang dibuatnya . Kebetulan hanya ada 20 jenis penanda buku dan saya membeli 10 sementara kak NB membeli 10 jenis. Itupun berebut dengan warna dan coraknya...hehehe.

Apa yang istimewa dengan penanda buku ini ? Ia cantik dan hanya ada satu unit untuk setiap corak yang ada. Saya gunakan sebagai hadiah kepada geng buku saya terutama kawan yang membaca buku-buku NBKara . Murid-murid yang melihatpun teruja dan saya berjanji dengan mereka jika dapat A dalam Sains semasa Pra UPSR 2 minggu lagi, saya akan berikan satu penanda buku tersebut. Ada murid lelaki yang berkata : Cikgu, itu untuk budak perempuan je..takde ke khas untuk budak lelaki ? Sudah tentu yang bersuara tersebut adalah budak lelaki. Maka Eiyra , akak sampaikan suara hati budak lelaki ini kepada awak. Cuba buat corak yang nampak maskulin. Atau buat keychain yang menarik ?

 Jika ada rakan-rakan yang tertarik dengan penanda buku bolehlah hantar mesej ke inbox EIYRA SYRA LOLA MOKHTAR di Facebook beliau. Harga satu penanda buku ini ialah RM10. Anda boleh membuat tempahan secara online. Ia sesuai untuk anda membaca buku dengan bergaya dan boleh dijadikan hadiah kepada anak-anak atau sahabat handai. Saya sendiri menghadiahkan kepada kawan saya sempena hari jadinya . Guru kan ada buku kitab tebal yang wajib dibawa ke mana-mana ? Jadi hiasi buku anda dengan penanda buku yang cantik ini. Pilih apa sahaja warna kegemaran anda....

Comments (4)

Thanks kak Za.. insyaallah akan divariasikan lagi.. :)

CANTIK....KALAU DEKAT ISH ...MAU JUGAK NAK BELI ...TAKPE2 KAK LIZA NANTI KITE G KL ...T NAK BELI LAH BOLEH JUGAK TU BUAT BUAH TANGAN TUK KAWAN2...

Eiyra : all the best. jangan lupa aksesori beg pula. nanti bulan 4 jumpa di nbkara pesta buku. pg 30 april ke.Bawa stok sekali untuk dipilih.
Yati : ok...akak tengah tunggu bulan 4 nanti sebab akak nak cari aksesori beg pula.

akak turun pesta buku? Haha.. so great! Bole jumpa lagi.. aksesori beg tu insyaallah.. saya akan cuba.. :)